"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, April 6, 2009

Sesi Fotografi bersama Al Fadhil Ustaz Dato’ Hashim Yahya

[Sebahagian rakan kelas Shariah-tiada dalam gambar anak Tok Guru Nik Aziz]
Banyak kenangan selama setahun saya bersama dengan Dato’ Hashim Yahya. Beliau menjadi guru saya utk Fiqh Muqaran yang membincangkan Fatwa Muasarah dan juga guru saya bagi Nusus Syariyah yang menggunakan kitab Mughni Muhtaj.

Teknik pengajaran beliau agak menarik apabila kerap menyentuh isu semasa sebagai sampingan kepada subjek asal pengajian. Beliau juga dikenali sebagai guru yang ‘strict’ dalam memberikan markah kerana beliau mementingkan kemahiran menguasai Nahu yang tinggi. Sedikit latarbelakang pendidikan beliau yang sempat saya kongsi bersamanya ketika hari terakhir selepas ‘Final Exam’:

Mendapat pendidikan pertama di Madrasah Masriah Bukit Mertajam.
Meneruskan pengajian ke Maktab Mahmud Alor Setar (Shahadah Nihaiyah)
Selepas Berjaya mendapat sijil di MMAS, beliau menyambung pengajian di Al Azhar, Kaherah (Shariah)
Seterusnya meneruskan pengajian Sarjana di Al Azhar, Kaherah (M.A Shariah)
Kemudian dalam masa sama berjaya mendapatkan Diploma Tarbiyah (Pendidikan) di Ain Syam University

Itulah kehebatan Dato’ Hashim Yahya yang pernah menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau berpesan supaya terus memperjuangkan Islam dalam mana – mana bidang. Jazakallah Ustaz.

1 comment:

firdaus said...

bertandang seketika menjenguk sahabat...
hati yang jauh kembali diikat...
menganyam ukhuwah mengenang sahabat...
doa dikirim menadah berkat...

jemputlah ziarah...

http://layar-kehidupan.blogspot.com/

blom ade pape sgt pun kat dalam... cume saje nak hebahkan... sebagai tanda menyambut kehadirannya hehe... mudah2han dapat dimanfaatkan kelak