"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, April 4, 2009

BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT DI JELEBU, NEGRI SEMBILAN

[Adik2 Muslimat yang bersemangat]

[Adik2 Muslimin pun boleh tahan gak]

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hariri Daud kerana memberikan kepercayaannya kepada saya untuk memberikan pengisian yang bertajuk Kesempurnaan Solat. Program ini telah berlangsung di Pusat Pemantapan Aqidah Jakim (PPAJ), Jelebu Negeri Sembilan pada 28 Mac 2009. Pesertanya terdiri dari remaja yang berusia 15 tahun sehingga 17 tahun. Mereka merupakan anak – anak keluarga Kastam Wilayah Persekutuan.

Program ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh BAKISKA, sebuah badan kebajikan yang menaungi Kastam. Pada hari itu saya telah berkongsi selama satu jam setengah bersama para peserta menerangkan konsep asal kesempurnaan solat. Kebetulan pula saya telah mengikuti bengkel ini yang dikelolakan oleh Institut Imam As Syafie (INTIS) dibawah penasihatnya iaitu mantan Mufti Perli, Dr. Asri Zainal Abidin. Maka tidak menjadi satu kesusahan bagi saya untuk menguasai tajuk ini yang memang kerana memang saya sudah melalui pengisian seperti ini di bawah INTIS sebelum ini.

Antara perkara yang Berjaya dikongsi pada hari itu ialah:

1. Kesempurnaan Wudhu
2. Sifat Solat Nabi
3. Golongan yang tidak solat
4. Implikasi Solat
5. Bencana Meninggalkan solat


Dalam sesi ini saya sekali lagi menekankan bahawa kita juga perlu menghormati isu khilafiah dan ijtihadiah dalam memahami hadis nabi dalam bab menunaikan solat. Hal ini kerana kita bukanlah mereka yang hidup sezaman dengan nabi maka kita perlu berhujah dan berdalil bersandarkan kepada pandangan imam2 mazhab yang muktabar dalam memberikan penjelasan dan penakwilan mafhum hadis tentang solat.

No comments: