"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, April 14, 2009

Menghadapi Rakan yang ‘moody’

Masalah
Baru – baru ini saya menerima satu persoalan yang diajukan oleh seorang mahasiswi yang bertanyakan tentang bagaimana menghadapi masalah rakan atau sahabat yang mudah ‘moody’. Soalan ini juga akan bertambah menarik sekiranya rakan yang ‘moody’ itu tidak mahu berbicara dengan rakannya selama beberapa hari ataupun minggu.

Mungkin bunyinya lawak tapi itulah reality apabila kita berhadapan orang yang ‘moody’. Mereka bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan orang disekeliling mereka. Yang penting bagi mereka (orang yang moody) cukuplah dengan sikap moody mereka memuaskan hati mereka. Hati orang lain tidak perlu dijaga kerana mereka memang terkenal dengan sikap PENTINGKAN DIRI.

Penyelasaian
Baiklah, mari kita lihat penyelesaiannya. Bagi saya, mereka yang menghadapi orang ‘moody’, mereka perlu BERSABAR. Cubalah berkawan juga dengannya walaupun orang ‘moody’ ini kasar pada kita. Sabar mereka ini akan dijanjikan balasan ALLAH. Kedua, YAKIN kerana Allah akan membalas sikap buruk orang ‘moody’ dengan seadilnya. Balasan Allah kadang berupa azab, hidayah dan sebagainya. Yang ketiga, kita perlu rajin BERDOA. Doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada rakan kita ini. Ingat kita berhadapan orang yang menjadikan emosi sebagai teman dan kita juga perlukan jadikan Allah sebagai teman. Teruskan amal ibadah dengan solat jemaah dan sunnat kerana Allah akan menemani kita berhadapan dengan emosi dan nafsu yang menemani orang ‘moody’.

Ingat, walau baik macam mana sekalipun kita bersamanya, kita tiada kuasa untuk memberikan hidayah padanya. Sepertimana kasihnya Nabi pada bapa saudaranya, Abu Talib, beliau tetap mati dalam kekufuran. Lalu nabi berdoa agar Allah memasukkan Abu Talib dalam golongan salihin kelak. Tetapi Allah menemplak nabi dengan mafhumnya, “Sesungguhnya kamu tidak mampu memberikan Hidayah terhadap orang yang kamu kasihi. Tetapi Allah mampu memberi hidayah kepada siapa yang beliau kehendaki.” Selamat Berukhwah!

No comments: