"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, April 11, 2009

Makan Besar Sup Gearbox [010409]

[Sidiq dengan penuh semangat melapah tulang lembu]

[Satay yang disediakan oleh Zack]

Habis sahaja ‘paper’ yang pertama pagi tu, jadi kami students shariah terus ‘plan’ utk makan besar di Pinggiran Batu Caves. Malam tu memang ‘punctual’ abis budak2 yang datang kelas lambat. Biasalah makan. Mesti hendak cepat.

Kami bertolak ke sana dengan 4 buah kereta. Biasalah ukhwah antara ‘students’ Shariah ini lebih kuat dan mantap. Maklumlah, dalam kelas kami hanya bersebelas sahaja lelaki dan bakinya sudah tentu perempuan.

Pesanan dimulakan dengan ‘order’ minuman Jus buah. Biasalah kalau makan ‘free’ mesti semua orang cari air yang paling ‘best’ ada di kedai. Lepas itu, kami ‘order’ 3 Mangkuk Sup Gearbox, 3 Mangkuk Sup Daging, 3 Pinggan Sayur Kailan Ikan Masin, 4 Pinggan telur dadar dan 3 pinggan nasi tambah. Berapa banyak Nombor 3 daa. Tapi nombor nie memang cukup sinonim dengan saya. Kenduri kami makin ‘best’ bila Zack sudi untuk belanja satay.

Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi datang memeriahkan Makan Besar kita. Doakan kejayaan kita bersama untuk semester yang terakhir ini.

[Inilah dia sup Gearbox]

[Muka2 yang puas hati makan Sup Gearbox free]

1 comment:

Mohd Nuruddin Mohamed said...

salam. Ehem akhi, xlama lagi nak masuk alam baru dengar2nya..bila tuh majlis?