"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, April 1, 2009

HAFLATUL WADA’ USIM

[Bersama pelajar TAA 5]

[Pelajar TAA 1]

[Pelajar TAA 2]

[Pelajar TAA 4]

Hati begitu terharu dan tersentuh. Manakan tidak apabila adk2 saya yang berada di USIM semuanya begitu semangat untuk menjayakan majlis perpisahan mereka. Dengan perkongsian wang ringgit yang ada pada mereka semua, maka satu majlis perpisahan berlainan kelas dijayakan.

Bagi saya, para pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dakwah memikul bebanan dakwah yang besar dan berat. Mereka perlu terbuka dalam memberikan pandangan. Bukannya tertutup, syadid dan jumud dalam memberikan cadangan dan komen.

Itulah antara sebab saya selalu menegaskan bahawa mereka perlu memperbanyakkan bahan bacaan, menilai makalah ilmiah dan membuat kajian yang empiritis terhadap sebarang isu dan masalah.

Di kesempatan yang ada, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar FKP USIM kerana memberikan tumpuan sepenuhnya dan kerjasama yang mantap. Maaf andaikata pernah terlanjur kata, dan tersimpul bicara. Semoga kalian semua Berjaya di lapangan masing2.

[Antara Makanan yang dijamu]

[Pelajar TAA 3]

[Pelajar TAA 6]


[Hadiah dari semua wakil kelas USIM]

No comments: