"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, February 27, 2009

Sekitar Wacana Ilmiah Kelab Makruf

[Bersama YB Datuk Dr Puad Zarkasyi]

[ Turut Serta sebagai Panelis YB Dato' Dr Hassan Ali]

[Pensyarah Kanan UM Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah]

Tanggal keramat 24 Februari 2009 tidak akan begitu mudah dilupakan oleh mahasiswa khususnya di UIAM. Apa tidaknya, pada tarikh itulah mahasiswa di UIAM telah menyahut dan menyambut seruan Menteri Pengajian Tinggi yang membenarkan semua universiti mengadakan program diskusi ilmiah yang boleh melibatkan ahli politik tidak kira dari pembangkang mahupun kerajaan. Maka, Kelab Makruf dangan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (MPPUIAM) telah menganjurkan Wacana Ilmiah yang bertemakan ‘Bersama Mengangkat Martabat Aspirasi Ummah’ di Dewan Utama Auditorium, UIAM.

Panelis program ini terdiri dari barisan akademik, NGO, mahasiswa dan ahli politik. Mereka ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Puad Zarkasyi (Ahli Parlimen Batu Pahat), Yang Berhormat Dato’ Dr Hassan Ali (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor), Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Kanan UM) dan saudara Faridzul Nasaruddin (Presiden Kelab Makruf) bertindak sebagai perantara forum itu. Dewan yang mampu menempatkan lebih 600 orang itu penuh sesak dan rata – rata menyatakan rasa puas hati kerana mahasiswa amat dahagakan ‘political education’ yang berjaya dijalankan secara harmoni tanpa sebarang bentuk provokasi dan sensitiviti kaum. Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa mahasiswa UIAM mampu menjadi agen perpaduan Negara apabila Berjaya menyatukan dua parti politik berlainan idealogi dalam satu program.

Tahniah Kelab Makruf atas kejayaan kalian.

1 comment:

Anonymous said...

jgn dlupakan kita ada jamming akbar, kat tangga besar, huhuhu

hujan plak, tak sedap kut nyanyi