"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, February 3, 2009

Kisah Seorang Rakan yang bergelar Majistret.

[Zamir duduk dua dari sebelah kanan bersama saya dan rakan2]

Sudah beberapa hari saya tak dapat untuk memasukkan entry yang terbaru dalam blog ini. Mungkin kerana sibuk dengan persiapan pengajian untuk semester akhir tahun ini. I’allah bulan Ogos ini saya bersama rakan – rakan yang lain akan sekali lagi naik ke pentas konvokesyen bagi menerima Ijazah Kedua iaitu Ijazah Sarjana Muda Undang – Undang Shariah.

Beberapa hari yang lepas, apabila saya membaca dan menatap Utusan Malaysia, tiba-tiba hati saya terusik dengan sebuah berita yang merakamkan gelagat rakan sekolah saya (Maktab Mamud Alor Setar). Memang amat menyeronokkan dan saya berbangga apabila berita tentang rakan saya dimuatkan dalam akhbar apatah lagi beliau kini merupakan penjawat awam dan sudah bergelar “Tuan Majistret.”
[keratan akhbar berita tentang Tuan Zamir]

Beliau ialah Tuan Zamir Suhaimi yang merupakan rakan sekelas saya di sekolah dulu. Merupakan graduan dari UIAM dalam bidang undang- undang dan kini bertugas sebagai Majistret Butterworth, Pulau Pinang. Kalau dahulu ketika di bangku sekolah perwatakan beliau tidaklah sama seperti hari ini. Saya pernah terdengar rintihannya ketika kali pertama menjawat jawatan itu apabila beliau takut dan rungsing untuk menjatuhkah hukuman remand an penjara kepada mereka yang dituduh dan didapati bersalah. Namun kini semua perkara itu sudah menjadi lali kerana sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan Keadilan diletakkan pada tempatnya.

Tahniah Tuan Zamir. Semoga anda dapat menjadi Majistret Islam yang terkenal dan handal serta berani untuk mengeluarkan hukuman ‘without fear and favor’ terhadap mana – mana pihak. Teringin rasanya untuk bertemu dan berjumpa sekiranya diizinkan Allah.

No comments: