"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, February 6, 2009

Hafizbad: Antara Graduasi dan SUKSIS

[Kenangan Di Kem PGA Ulu Kinta, Perak]


[Bergambar selepas konvo, di sisi-Majistret Gua Musang, Hayyi]

[Graduan Ijazah Pertama Sarjana Muda Undang - Undang]

Minggu lepas ketika dalam latihan kawad, saya dan rakan sempat untuk belajar kawad bersenjata. Sedar atau tidak kini sudah tiga tahun saya menyertai badan beruniform dan bulan Jun ini bakal menamatkan segala pengalaman indah bersama Kor Sukarelawan Siswa – Siswi Polis (SUKSIS).

Terkenang kembali pengalaman, sudah pasti segalanya bakal terungkap. Bermula dengan, Team Building Camp di Bentong, Pahang; Lawatan Muzium Polis, Kuala Lumpur; Latihan Bersenjata, Ulu Kinta, Perak; Kompas dan Pandu Arah, Tupah, Bedong, Kedah dan terakhir di Mes Pegawai Kanan PDRM, Langkawi, Kedah. Kalau dibaca semua tempat ini, banyak ilmu baru dan disiplin yang telah dan sempat saya kutip.

[Latihan Asas Menembak di Ulu Kinta]

[Sekitar Kawad mewakili IPTA peringkat Kebangsaan untuk Perayaan Kemerdekaan 08]

[Perbarisan sebelum berkhemah di hutan Tupah]

[Ketika perbarisan utk Sambutan Jubli Perak UIA 08]

Namun persoalan yang pasti berlegar di sekeliling ialah kenapa saya masih lagi dalam SUKSIS. Sudah beratus dan beribu kali ditanya soalan yang sama. Hari ini biarkan saya leraikan semua.

Pada tahun 2007, saya mula memasuki badan beruniform ini secara sukarela. Ketika dalam sesi temuduga, saya telah ditanya oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Bukit Aman tentang adakah saya bersedia untuk berada dalam badan uniform tanpa dimasukkan dalam Testimonial Universiti dan tanpa dikira PNGK dalam ‘graduation status’ saya. Jawapan yang saya beri adalah mudah, YA.

Oleh itu, saya merupakan anggota SUKSIS yang ‘lama’ dan hampir keseluruhan jarak perbezaan umur antara saya dan anggota lain ialah 2 TAHUN Lebih Tua.

Pada tahun 2008, saya sudah bergraduasi. Saya Berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang – undang (LL.B) di UIAM. Kini, meneruskan pengajian dalam ijazah kedua, bidang undang – undang Shariah. Walaupun begitu, disebabkan saya masih belum lagi Tamat Latihan SUKSIS, maka saya menghabiskan usia senja saya mengikuti latihan ini. Biarpun saya bakal menamatkan pengajian dalam ijazah kedua pada tahun ini, bolehlah saya katakana tahun 2009 ialah tahun yang paling bahagia dan dinantikan. Tunggu…

3 comments:

Abu_Zubair said...

x ada komen pasal perak ke

Anonymous said...

tunggu apa tuh.. huhuhuh

Unknown said...

suksis tetap di hati~