"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, February 14, 2009

Aiman-Seorang Kanak-kanak riang!!


Aiman Bazil sama seperti pelajar – pelajar lain. Seorang pelajar lelaki yang periang sama seperti kanak – kanak seangkatannya. Namun pasti ada sesuatu rahsia tentangnya. Ya, itulah jawapannya. Aiman adalah seorang anak yang taat kepada ibu bapanya.

Sepanjang sebulan dua saya bersamanya, menyantuni setiap gerak harakat lafaznya, menanti setiap makraj yang berbaris meniti dibibirnya, penuh kusyuk dan tawaddu’ mengalunkan lafaz yang mulia dan kalimah yang suci dari kitab hakiki (Quran). Alhamdullilah, kehebatan Allah yang mampu menjadikannya manusia yang lancar membaca Al Quran diusia mudanya.

Saya rasa seronok ketika bersama memimpinnya membaca Al Quran, dan ketika itu juga saya dapat bersolat jemaah di waktu Maghrib dan Isyak bersamanya.Alangkah manisnya ukhwah pertemuan antara saya dan keluarga Aiman.

Kepada ibu Aiman, tahniah kerana punya anak sepertinya. Mudah mengikut apa sahaja arahan selagi tidak bertentangan syarak. Inilah anak yang kita dambakan seperti cerita Ashab Al Ukhdud.

Bila seluruh kampong dikepung oleh raja yang zalim dikoreknya parit dan dihidupkan api yang marak di dalamnya. Lalu ingin dicampak rakyat ke dalamnya kerana mereka beriman kepada Allah melalui matinya seorang Ghulam (kanak-kanak) yang Allah berikan karamah.

Tiba sahaja giliran untuk dicampak ke dalam parit berapi tadi seorang ibu dan bayinya. Lalu ibu tadi memohon tentera untuk bayinya jangan dicampak ke dalam api. Dengan kudrat Allah bayi tadi bercakap bahawa ibunya berada dalam jalan yang betul dan mahu mati bersama ibunya untuk masuk jannah Allah yang kekal abadi.


Bersyukur ibu tadi punya bayi yang boleh bercakap dan ikut mati syahid bersamanya. Hebatkan Allah? Jom kita berdoa akan dikurniakan cahaya mata yang bakal memikul mata rantai perjuangan nabi. Ameen.

No comments: