"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, November 23, 2008

Pertunangan Kakngah !!! | 231108

[Bersama kakngah yang masih lagi dalam persalinan pertunangan]

[hantaran pihak lelaki]

Semalam satu majlis keraian pertunangan adik saya telah berlangsung dengan selamat. Seronok bila melihat telatah orang tua – tua nak mula majlis peminangan ini. Bermula dengan bahasa kiasan kuno seperti kumbang, bunga di taman dan sebagainya menandakan bahawa kita masih lagi mengamalkan adab sopan dan tatasusila Melayu. Saya merasa bangga dan bersyukur kerana punya bangsa yang masih lagi sayangkan bahasa dan adat.

Namun tidak keterlaluan untuk saya menyebut bahawa biarlah AGAMA itu Melangkaui ADAT. Bagi saya secara peribadi, AGAMA sahaja merupakan jalan keluar untuk memacu kehidupan kita. Jangan biarkan pepatah melayu Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat menguasai budaya kita. Ini boleh menyebabkan kita mengutamakan sesuatu perkara yang kadangkala bertentangan dengan kehendak syarak. Moga kita semua selamat dan sejahtera dalam Naungan Ilahi.

[Yang pelik & Yang Jelik-Semua nie sepupu]

[Gambar pihak lelaki dalam rumah saya]

Beberapa perkara yang sempat saya perhatikan sepanjang majlis pertunangan:

1. Adab dan sopan seseorang yang bertunang (selalunya wanita - perlu berhias).
2. Satu majlis untuk meletakkan harga hantaran dan mas kahwin.
3. Majlis persarungan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua.
4. Hantaran pertunangan yang ‘simple’ tetapi masih lagi dalam bilangan ganjil dan nisbah 1:2 (lelaki & perempuan)

Nota kaki: Kebiasaannya sekiranya seseorang yang bertunang dan bakal berkahwin awal dari kakak atau abang (langkah bendul) maka perlu dihadiahkan sepersalinan sebagai hadiah kepada kakak atau abang yang belum berkahwin.

Saya ucapkan juga khas buat rakan – rakan saya yang sedang tengah ‘berketar’ nak berkahwin pada bulan hadapan dengan ucapan, “Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal ke Anak Cucu!!”

2 comments:

mohsein said...

aii abang pun dpt hadiah jgak nohh..

mohsein said...

abang xkan terasa ati kuttt.. heheheh