"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, October 28, 2008

Al Badar Islamic School | 261008

[aik...kenapa macam tema merah jer rumah terbuka nie...?]

[Rupa bentuk bangunan sekolah yang dalam proses persiapan]

[Bersama Dr Yusnan(berbaju merah) yang sibuk setiap masa]

Pagi itu, saya dijemput oleh adik2 junior untuk bersama meraikan jamuan AidilFitri yang dianjurkan oleh Al Badar Islamic School. Penganjur sepenuhnya adalah Dr Yusnan, Pensyarah di Jabatan Bahasa, UIAM. Saya dimaklumkan bahawa penubuhan sekolah ini melalui idea beliau dan beliau merupakan penyumbang terbesar kepada pembinaan sekolah ini. Sekolah ini bakal menempatkan para pelajar sekolah rendah dan bakal mempunyai dua blok serta memuatkan 6 buah kelas dan 1 pejabat pentadbiran.

Apabila saya melihat raut wajah bangunan sekolah ini, maka saya terkenang kepada peringatan yang diberikan oleh Pak Long Zainal Asri (Ustaz). Beliau pernah mengungkapkan bagaimana 3 orang sahabat ketika berada di bangku universiti telah bersama dan berbaiah untuk memberikan sumbangan terbesar kepada ummah di bumi Kedah. 3 orang tokoh besar itu ialah Almarhum Dato’ Fadhil Noor, Sheikh Nikmat Yusof dan Sheikh Fakhrurazi Salleh. Masing – masing menuntut di sekolah yang sama, Maktab Mahmud Alor Setar dan meneruskan pengajian mereka ke Al Azhar As Syarif.

Ketika di universiti mereka berjanji bahawa setibanya di Kedah masing – masing akan menubuhkan sekolah agama. Maka hajat mereka tercapai apabila Almarhum Dato’ Fadhil Noor menubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama Muassasah Darul Ulum, Sekolah tersebut kini beroperasi di bumi Pokok Sena. Lulusan sekolah ini telah meliputi bumi Mesir, Madinah, Syria, dan sebagainya. Beliau juga dikenali sebagai tokoh penggerak Islam terkenal di Malaysia.

Manakala Almarhum Sheikh Nikmat Yusof telah menubuhkan Maahad Tarbiyyah Derang (MTD). Sekolah ini telah diasaskan di Derang dan para pelajar hampir keseluruhannya telah dihantar ke bumi Syria. Almarhum dahulu dikenali sebagai tokoh sastera yang terkenal dengan bait2 syairnya.

Sungguhpun begitu, Almarhum Sheikh Fakhrurazi Salleh, memilih untuk menubuhkan Sekolah Agama Daris di Sg Jagung. Seperti sahabat2nya, kawasan yang dipilih jauh dari bising dan kebingitan pusat bandar. Sekolahnya lebih fokus kepada 3 aliran iaitu Agama, Akademik dan Tahfiz. Saya merupakan salah seorang graduan dari sekolah tersebut ketika di bangku sekolah rendah dan bangga mempunyai seorang Mudir yang tegas sepertinya.

Oleh itu, persoalan yang perlu dibangkitkan, apakah sumbangan dan janji kita kepada Ummah? Kalau mereka tiga bersahabat pernah berbaiah dan kini meninggalkan dunia yang fana’ ini, seluruh ummah menangisi pemergian mereka. Tetapi kita, belum tentu lagi seperti mereka. Mungkinkah pemergian kita dinanti2 oleh Ummah dek fasad dan mungkar yang dilakukan kita. Nauzubillah.

Saya mengucapkan tahniah kepada Al Fadhil Dr Yusnan di atas keberaniannya mendepani cabaran semasa. Walaupun bajet yang tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau masih gigih dan tsabat dalam perjuangannya. Tahniah Doktor!!! Anda bila lagi??

No comments: