Aidilfitri 1429H disambut dengan penuh sederhana. Tahun ini tidak semeriah tahun sebelumnya kerana rata2 makcik dan pakcik semua pulang ke kampung. Namun keluarga saya tetap seperti biasa iaitu walau tiada siapa pun pulang ke kampung, kami tetap dengan gaya kami. Versatile, vogue dan penuh keinsafan. Astaghfirullah. Semoga Allah mengampuni kata2ku ini.
Beberapa perkara penting sepanjang Aidilfitri perlu kita perhatikan:
1. Ziarah Menziarahi
Semangat kunjung mengunjung perlu dikekalkan untuk mengikat silaturahim. Raya bukan bermaksud menonton televisyen semata dan berhibur secara bersuka ria tetapi ia perlu disambut dengan penuh kesyukuran kerana kita meraikan hari kemenangan iaitu kembalinya kita kepada fitrah. Maka konsep ziarah menziarahi perlu dipertahankan.
2. Kurangkan makan
Mungkin ini yang gagal kita hayati bersama. Bila sebut kembali kepada fitrah maka perkara pertama yang difikirkan ialah makan sepuas2nya sebab kembali fitrah. Jangan kita berpandangan seperti ini. Mafhum Al Quran, Allah berfirman:- “Makanlah, minumlah tetapi jangan berlebihan.” Keputusan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya.
3. Ziarah Kubur
Amalan ini satu amalan yang mulia. Kekadang kita terlampau fikirkan dunia sehingga kita terdetik yang kita akan hidup selama2nya. Bukankah takabbur itu namanya. Oleh itu, ziarah ini mengingatkan kita kepada kematian. Kematian ini akan membawa kehidupan kita lebih berkat dan selamat.
4. Puasa Enam
Ramai yang beranggapan bahawa habisnya Ramadhan maka habislah tanggungjawab kita untuk berpuasa. Jawapan itu SILAP dan SALAH. Nabi telah menjanjikan bahawa barangsiapa yang berpuasa enam maka seakan berpuasa setahun lamanya. Amalan ini satu amalan yang terpuji kerana ia seakan ingin menyempurnakan puasa Ramadhan. Bahkan ia juga untuk menampung ‘lacuna’, dan ‘loopholes’ yang berlaku dalam universiti Ramadhan yang lalu.
Banyak lagi tips yang boleh kita amalkan sepanjang buan syawal ini tetapi kita perlukan kepada istiqamah dan mulazamah. Semoga Allah mengekalkan semangat Ramadhan dalam menghayati bulan fitrah ini.
No comments:
Post a Comment