Cuti - cuti Malaysia! Ketika saya dalam percutian di Kedah (balik kampung) saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi para pelajar PMR & STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong. Pengalaman pertama memberikan ceramah motivasi di bumi sendiri. Sebelum ini memang pernah dijemput memberikan ceramah tetapi lebih berbentuk keagamaan. Alhamdullilah, ini mungkin satu pengalaman yang berharga bagi diri saya.
Tajuk yang diberikan juga mencabar iaitu PECUTAN TERAKHIR. Memandangkan saya berhadapan dengan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan dalam masa sebulan, itulah tajuk yang paling relevan. Beberapa perkongsian yang dapat saya sisipkan bersama:
1.Tips Dr Tengku Ismadi (3S)
Ramai yang mengetahui bahawa Dr Tengku Ismadi merupakan antara motivator yang terkenal di tanah air. Beliau telah memperkenalkan konsep 3S iaitu Sasaran + Strategi + Sikap.
2. Sasaran
Bagi saya, para pelajar yang berbaki sebulan ini amat perlukan beberapa perubahan. Pertama, setelah mereka bermuhasabah diri berapa target (A) yang paling dekat dapat dicapai (Sasaran). Oleh itu, sasaran yang dapat dicapai itu perlu kepada Keserasian dengan Strategi.
3. Strategi
Untuk masa yang suntuk ini, amat malang sekiranya para pelajar baru memulakan pembacaan buku teks. Ini merupakan strategi yang teruk. Ini kerana, sekarang adalah masa yang sesuai bagi para pelajar meneliti kertas peperiksaan yang lalu dan membuat kajian bentuk soalan mana yang popular dan berulang kali masuk dalam peperiksaan. Dengan itu, kita dapat membuat tekaan dan saya mendapati ramai pelajar cemerlang yang menggunakan konsep ini.
4. Sikap
Walaubagaimanapun, kalau sasaran dan ada, strategi pun yang terbaik namun sikap gagal diubah, kehidupan kita tidak bermakna. Oleh itu, ingin saya nyatakan bahawa mengikut kajian Harvard Business School, sikaplah yang memberi peratus tertinggi dalam kejayaan individu. kajian itu menunjukkan, ilmu, maklumat dan sebagainya hanya penyumbang kecil dalam kejayaan berbanding Sikap. Oleh yang demikian, para pelajar sekalian perlu berubah SIKAP untu Berjaya.
No comments:
Post a Comment