"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, August 29, 2008

Tahniah Kepada Para Graduan UIA 08/09

[Rakan2 saya dari Kuantan-semuanya teman baik di Matrik PJ]

[Adik saya yang keempat kini di Matrik PJ dalam jurusan Sains Biologi (Hayat)]

[Adik saya kedua-siswazah dari UKM]

[Bersama ayahanda dan bonda yang tercinta]

Sebelum saya meneruskan tinta emas ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan UIA amnya dan AIKOL umumnya kerana telah berjaya menamatkan pengajian selama ini.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu - ibu yang berjaya mendidik kami (para graduan) sehingga berjaya ke hari ini, kepada bapa - bapa yang tidak pernah kenal erti penat lelah mencari duit secukupnya untuk menampung perbelanjaan kami. Sekalung terima kasih buat adinda2 kami, yang lelaki dan perempuan yang tidak putus2 doa untuk menghadiahkan kejyaan buat abang2 dan kakak mereka. Kepada para pensyarah yang sentiasa memberikan pendidikan dan pelajaran secukupnya, serta tidak lupa rakan2 seperjuangan dan teman2 rapat kerana telah memberikan sokongan dan dorongan yang tidak terkira banyaknya.

Saya rakamkan ucapan khas buat sahabat baik saya; Najmuddin yang sentiasa bersama saya tidak kira waktu dan tempat - terima kasih kerana sanggup melayani karenah saya, buat teman2 bilik; Yasir, Yahya, Najmuddin, terima kasih tidak terhingga kerana masih setia akrab sehingga ke hari ini. Terima kasih buat rakan rapat seperjuangan di AIKOl; Zukhairi, Hanif Mohsein, Hanis, Maar, Dur, Adib, Dhany, Hamidullah dll yang pernah membantu saya ketika susah dan gundah gulana, teman rapat satu sekolah yang berlainan fakulti; Shakir yang tidak pernah jemu dengan kelakarnya, adik2 saya, Akmal Solihi, Izat Amin, Ashraf Tajari, Zaim, Hafiz, Hisham Shahrir Long, kerana tidak bosan melayan saya.

Sesungguhnya, segulung ijazah ini saya hadiahkan buat kalian yang tidak jemu membantu saya selama ini. Jazakallahukhairan kathira.

6 comments:

anda mesti tau siapa saya said...

aik.. nama aku xdak.. sungguh hang melupakan daku.. huhuh

Hafizbad said...

Salam,
Saya mohon maaf kiranya ada nama yang tidak disebut.
Sesungguhnya kalau disebut suma nama maka tak cukup entry, yang pasti semua kejayaan ni saya kongsi bersama dengan setiap insan yang saya kenali.

aku laa said...

hahaha aku laaa... aku laa yg suruh hg appeal masuk uia tuuu

Hafizbad said...

Ye ker..
Dah terus ingat sapa orang tue..
Saudagar minyak attar dan wangi yang terkenal di UIA, kan??

mohsein said...

hahaha was a saudagar.. skang nak ceburi bisnes lain plak.. huhu modal dah bertambah ni kita kena up laa bisnes kitaa.. terimakasih pemberi modal...

miftah said...

"‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’"

-Sayyid Abul Ala Maududi (1903-1979)-

"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."

fikirkan dan renunglah...