Sabtu lepas menitipkan satu sejarah yang baru. Dengan jemputan dari La Khauf Konsultan, saya memberanikan diri untuk menjadi MC ala2 Deejay bagi menjayakan "Family Day" Konvensyen Saudara Baru Peringkat Kebangsaan 2008. Pertamanya ingin saya larikkan seribu satu kemaafan buat Sdr Amin Idris dan Team RK Training yang lain kerana gagal MENGHADIRKAN DIRI ke Sek Kota Damansara yang dijadualkan bertembung bagi tarikh yang sama.
'Excuse'ini saya kira wajar apabila diambil kira situasi dan kondisi La Khauf yang ditunjangi oleh Sdr Mukhlis Nazri kerana mendapat tawaran projer dari JAKIM yang amat besar ini dengan 'man power' yang tidak mencukupi. Kekusutan yang dirasai oleh Sdr Mukhlis dapat tempiasnya apabila beberapa urusetia yang menarik diri dalam saat2 akhir.
Hebat dan Mantap!!!Itulah perkataan yang dapat diluahkan apabila saya bertemu empat mata bersama anak2 para MUALAF ataupun SAUDARA BARU. Mereka ini mempunyai potensi yang besar dalam membina kehidupan MUSLIM. Cumanya persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana persepsi masyarakat Islam lain terhadap mereka? Realiti menunjukkan bahawa Komuniti Muslim lain seakan tidak menghargai dan melepaskan batuk di tangga terhadap Mualaf ini. Mereka terkapai2 tanpa bantuan kuat dari rakan seagama mereka.
Program yang bertemakan hari keluarga ini memuatkan beberapa aktiviti yang melibatkan anak2 sahaja, anak2 dan ibu serta ibu sahaja. Bagi kategori anak2, terdapat tiga bahagian yang dipecahkan iaitu umur 7-9 thn, 10-12thn, 13 thn ke atas. Manakala kategori ibu dan anak2 bebas. Permainan yang dipertandikan seperti, Jangan Lupa Ayat, Teka Silang kata, Spelling, Mewarna, Gubahan Bunga Kertas,Rekaan Baju Kertas dsb.
Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH buat JAKIM kerana berani menyediakan kepercayaan yang jitu kepada La Khauf untuk menjayakan program ini. JAKIM juga bertindak bijak memberi perkhidmatan terbaik agar kebajikan Mualaf terpelihara. Semoga program ini diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih kepada La Khauf atas jemputan.
No comments:
Post a Comment