"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, July 3, 2008

Registration Day for Double Degree Program (Shariah)!!!


LLB.S!!Apa itu??Mungkin ramai yang tertanya, apakah maksud disebalik 'short form' ini? Tetapi ramai yang tidak janggal apabila mendengar ataupun melihat di beberapa 'business card' tertera di atasnya LLB. Penggunaannya amat ketara di kalangan para peguam. Perkataan ini berasal dari bahasa latin yang bermaksud 'Lex Legum Baccalaureus' ataupun Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang. Namun apa pula LLB.S??

Makna dan maksudnya tiada perbezaan yang ketara. Cumanya ditambahkan perkataan 'S' di belakang yang membawa erti Shariah. Alhamdullilah, hari ini ialah hari pendaftaran bagi para pelajar yang mendaftar sebagai pelajar 'Double Degree' dalam undang - undang syariah. Saya tidak melepaskan peluang lumayan ini untuk mengaut lagi ilmu yang bakal saya layari setahun lamanya. Para pensyarah juga merupakan mereka yang terkenal dan bukan calang 2 orangnya antaranya, Dato' Hashim Yahya (Mantan Mufti W.P0, Ustaz Salleh Ahmad (Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia) dsb. RUGI dan MALANG kiranya saya meninggalkan bumi UIA ini tanpa berguru dengan ilmuan2 seperti di atas ini.

Hari ini juga kita bakal melihat berapa ramai pelajar yang akan mendaftar sebagai Mahasiswa Tahun 5 Shariah. Kebanyakan pelajar yang sebelum ini pernah mengambil subjek shariah telahpun meninggal bumi ilmiah ini dengan berkelana dalam 'chambering'. Selepas ini, mereka yang mengambil jurusan shariah ini akan memegang nombor matrik bermula ANGKA '5'di depan. Nombor ini ada 'Ong' ker??

Kepada mereka yang tengah melalui Alam Pekerjaan, saya ucapkan Selamat BEKERJA dan kepada mereka yang tengah melalui Alam Pembelajaran, saya ucapkan Selamat BELAJAR. Allah telah menetapkan kedua - dua suluk ini pelbagai kelebihan dan keberkatan sekiranya kita semua IKHLAS. Semoga kita tergolong dalam golongan MUKHLISIN.Doakan saya yang bakal meneruskan pengajian ini agar TEGUH tidak tergoda dengan pujukan selainnya (kahwin, kerja, dsb).

4 comments:

Anonymous said...

err ada org godakah? hahahah

Hafiz Nabilah said...

Mana ada lagi...

Anonymous said...

xdak lgi.. xpi takut tergoda.. mmg pandang kehadapan...

Hafiz Nabilah said...

InshaAllah, semoga Allah selamatkan daku...