"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, June 29, 2008

ISTIMEWANYA SOlat di SK Cheras Jaya | 28Jun 08

Dalam kesempitan ruang yang diberikan, saya beranikan diri menyahut panggilan ceramah yang dijemput oleh Sdr Hariri Daud untuk bersama para pelajar SK Cheras Jaya berhampiran Balakong. Terima kasih Hariri. Perjalananan dari Gombak hampir 45 minit menjadi bertambah lama apabila 'sesat sekejap' sebelum kembali ke 'jalan yang benar'.

Kali ini, tajuk yang diberikan begitu unik dan berlainan dari sebelum2 ini. Saya perlu membentangkan sebuah tajuk di Kem Bestari Solat Perdana iaitu Keistimewaan Solat dan saya simpulkan tajuk saya dengan Smart Solat : Keisitimewaan dan Kelebihan.

Persiapan yang saya ambil selama dua hari untuk membuat 'research' dan 'upload' video baru ternyata berhasil. Cuma pada hari ceramah saya, LCD agak kurang berfungsi ditambah dengan kehangatan para peserta seramai 300 orang sudah cukup untuk membuatkan kita 'panas'. Tambahan lagi waktu 3.00pm adalah 'peak hour' untuk para plejar tewas dihanyut buaian mimpi. Saya selami diri mereka dan bangkitkan perbualan antara saya dan mereka agar saya tidak tertipu dengan diri sendiri.


Beberapa IDEA YANG TERBAIK sempat saya kongsikan bersama anda tentang KEISTIMEWAAN SOLAT.

a)Niat (Penghayatan konsep Ihsan)
Dalam kita menunaikan ibadah kepada ALLAH, niat amat diperlukan bagi memacu diri kita kepada Matlamat. Matlamat ditentukan dengan niat. Dalam solat niat yang kita lakukan adalah Ikhlas kerana Allah. Matlamatnya jelas iaitu untuk mendapat ganjaran hasil keikhlasan kita. Aplikasinya dalam kehidupan ialah solat sendiri telah mengajar kita untuk mempunyai Matlamat. Mantap bukan? Secara tidak langsung, niat juga menggambarkan konsep kita beribadah seakan melihat Allah dan Allah melihat kita. Ini yang dikatakan sebagai IHSAN iaitu antara darjat Ikhlas yang tertinggi.

b)Wudhu' (Elemen Disiplin)

Syarat sah solat ialah kita mesti berwudhu. Sedarkah kita bahawa wudhu telah memberikan pengajaran tentang keperluan berdisiplin. Disiplin yang ditetapkan di sini ialah ia perlu dilakukan secara tertib. Kita perlu memulakan dan mengakhirkan anggota wudhu seperti yang ditetapkan. Tanpa rukun ini, wudhu dikira terbatal. hebat betul kuasa wudhu dalam menjadikan kita berdisiplin. Praktikalnya, dalam hidup terutama ketika kita belajar, kita harus berdisiplin. Saya telah terangkan kepada anda bahawa, kerja perlu dibahagikan mengikut 'priority.' Ada yang perlu di'dulu'kan dan yang perlu di'kemudian'kan. Konsep ini ternyata sama dengan konsep wudhu.

c)Akur kepada Perintah

Dalam erti kata lain, solat mengajar kita definisi kepatuhan dan ketaatan. Kita perlu taat kepada tuntutan solat. Tuntutannya ialah kusyuk, ikhlas dan zikir kepada Allah. Tanpa ketaatan kepada tuntutan ini solat dikira terbatal. Secara realiti, sebagai pelajar kita perlu patuh akan perintah guru. Dengan kepatuhan ini, kecemerlangan akan mudah meresap dalam jiwa kita. Cantik bukan konsep solat yang sedia ada? Solat telah mengajar kita erti kepatuhan dan ketaatan yang membawa kepada kecemerlangan hidup.

d)Fokus
khusyuk merupakan elemen terpenting dalam solat. Banyak ayat yang menyentuh kepentingan kusyuk dalam solat. Bahkan orang yang rugi juga terdiri dari mereka yang tidak kusyuk dalam solat. Kusyuk adalah umpama fokus dalam kehidupan. Kalau anda pergi ke kelas tanpa fokus kepada apa yang diajarkan maka anda akan dikira sebagai rugu dan sia2 usaha selama ini. Sekali lagi solat menunjukkan keistimewaannya.

e)Tawakkal
Redha dan Berserah merupakan konsep tawakkal. Dalam setiap keadaan kita perlu berserah kepada Allah. Walau sehebat mana doa yang dipohon, walau sebanyak mana rakaat yang didirikan, makbul atau tidak terletak ditangan-Nya. Konsep tawakkal ini memberikan motivasi kepada individu2 cemerlang. Amalinya, kalau anda telah berusaha bersungguh2 dalam pelajaran, maka anda perlu berserah kepada Allah. itulah yang dikatakan konsep tawakkal yang dididik melalui tarbiyyah solat.

Secara konklusinya, anda semua perlu yakin bahawa SOLAT bukan sahaja menunaikan hubungan antara Makhluk dan Pencipta tetapi SOLAT merupakan bentuk MOTIVASI YANG TERBAIK. Alangkah ISTIMEWA SOLAT kalau kita berjaya mengambil pengajaran darinya.

[INGAT: Solat mencegah keburukan dan kejahatan]

[Adik2 putri yang begitu komited dan ceria]

No comments: