[Junior saya- Ridzuan (Bob-UDM) & Izat Amin (MPP-UM) kedua2nya SPM 2003]
[Junior saya-Shamil (UKM KL) SPM 2005-tuanya aku]
Perhimpunan Perpaduan Mahasiswa berjaya berlangsung di Putrajaya International Convention Center yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program tersebut dijanjikan berlangsung pada jam 8.00am dan setiap IPT diharap dapat menghantar delegasi seramai mungkin lebih kurang 5 buah bas bagi menyambut ketibaan Pak Lah utk sesi perasmian program itu.
Sesi permulaan forum itu mungkin agak hambar kerana panelis bukanlah mereka yang kritikal dan analitikal dalam memberikan pandangan. Mungkin sokongan diberikan lebih kepada mesej yang disampaikan oleh Austranaut Malaysia iaitu Dr Sheikh Mudzafar Shukor kerana beliau menjadi kegilaan ramai beliawanis negara. Seharusnya KPT menampilkan mereka yang 'berjiwa besar' dalam membawa isu ini. Tidak menjadi satu masalah utk menarik penalis yang egah berkarisma dari pelbagai bangsa. Sebagai contoh, KPT seharusnya menjemput Dr Khoo Kay Kim (SUHAKAM)/Tan Sri Lee Lam Thye(PLKN) , Dr Abd Aziz Bari (UIA)/Dato' Hamdan Adnan (Fomca) dan Dato' S.Subramaniam (Suhakam)/Mr Ragunath Keesavan (Majlis Peguam ).
Barulah mahasiswa yang hadir dapat mengenali dengan lebih dekat dan mengetahui pengertian sebenar PERPADUAN. Sesi soal jawab menjadi lebih menarik apabila mahasiswa bertalu - talu memberikan persoalan. Namun agak menggelikan hati apabila mahasiswa yang bertanya berani tampil mengutarakan persoalan yang bersifat melobi dan memuja sehingga tidak melambangkan jati diri mereka yang bersifat seorang intelek dan berpelajaran tinggi.
Saya sempat utk melontarkan satu persoalan dan pandangan peribadi berkaitan perpaduan. Isu saya ialah isu berat dan amat tidak digemari oleh panelis utk menjawabnya iaitu Rasuah. Saya masih lagi teringat ketika dalam sesi soal jawab yang sempat saya kemukakan, tiba2 saya dicelah oleh Moderator dengan berkata, "Jangan Berkempen!!" Saya pun sendiri tidak faham mengapa dan kenapa 'statement' itu dikeluarkannya. Bagi saya, itu adalah pendapat peribadi saya dan saya juga sempat memuji kerajaan yang peka dengan rasuah apabila menubuhkan Pelan Intergriti Nasional (PIN) dan Institut Intergiri Malaysia (IIM).
Namun persoalan yang saya timbulkan mengapa rasuah masih bermaharaja lela di bumi bertuah kita yang bakal meranapkan semangat perpaduan kita?? Adakah silapnya sistem pendidikan negara walaupun Penyata Rahman Talib mencadangkan supaya diwujudkan sekolah menengah kebangsaan bagi mewujudkan semangat perpaduan pelbagai bangsa namun sistem sekolah tetap gagal menyampaikan hasrat membasmi rasuah?? Pandangan saya pula dalam sesi itu berbunyi, mungkin gejala rasuah ini berlaku kerana suara mahasiswa tidak didengari. Bahkan ia juga turut berlaku kerana kemungkinan mahasiswa dibelengu 'culture of fear' (budaya takut) dan dihinggapi oleh 'Complacent Zone' (Budaya Senang lenang). Maka mahasiswa perlu ingat bahawa kitalah yang perlu berfikiran jauh dan serius dalam mengekalkan perpaduan negara yang telah kita kecapi selama 50 tahun kemerdekaan.
Inilah antara 'statement' yang sempat saya luahkan ketika berada dalam Perhimpunan Perpaduan Mahasiswa. Walaupun saya dipandang serong oleh sesetengah pihak namun bagi saya, segalanya bermula dengan soal prinsip dan jati diri. Ayuh bangkit Mahasiswa!!
[Asyraf Tajari (UIA) - my new protege - SPM 2004]
No comments:
Post a Comment