Bekas Presiden Indonesia, Muhammad Suharto yang memerintah Indonesia selama 32 tahun, meninggal dunia hari ini di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP). Beliau meninggal dunia pukul 1.10 petang (2.10 petang waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal dan koma sejak awal pagi ini. Suharto, 86, berada dalam keadaan kritikal semenjak dikejarkan ke RSPP pada 4 Januari lalu dengan mengalami beberapa masalah pada bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang. Pasukan doktor yang merawat Suharto menjelaskan bahawa beliau mengalami kegagalan beberapa organ untuk berfungsi sebelum koma dan seterusnya meninggal dunia.
Almarhum telah dikisahkan sebagai seorang negarawan berjaya terutama terhadap sumbangannya yang juga berjaya menangani (ancaman) komunis dan komunisme di Indonesia.
Ada yang berpendapat, Almarhum berjaya menggulingkan cubaan perjuangan komunis untuk mengambil alih Indonesia, dan sekiranya Indonesia `jatuh', Malaysia juga pasti turut `jatuh'.
Namun pemergiannya ada ditangisi kerana sikapnya sewaktu hidup yang keras menekan rakyat dan masyarakat. Walaupun dikatakan sebagai 'Bapa Pembangunan Indonesia' kerana berjaya membawa baik pulih ekonomi Indonesia di era 1980-an, negara tersebut kekal menjadi sebuah negara yang tidak membangun apatah lagi jauh sekali utk disebut maju. Bahkan ramai yang berpendapat Suharto menjadi Negarawan Ulung dan Terpenting di Asia sekitar abad ke-20 tetapi seperti 'Orang Hebat' lain beliau meninggalkan bayang - bayang hitam buat rakyat negaranya.
Sejarah pemerintahannya yang begitu lama telah berjaya 'DIJATUHKAN' oleh mahasiswa apabila gelombang demonstrasi begitu kuat ditiup dan melanda di Indonesia sekitar Mei 1998. Kematian Suharto didahului dengan kematian beberapa orang pelajar elit Universiti Trisakti semasa tuntutan reformasi bergemuruh di Jakarta ketika berlaku wajah hitam demokrasi era Suharto. Kini ramai pihak yang cukup cemburu suasana demokrasi di Indonesia yang begitu berbeza di negara kita dengan walaupun mereka tidak menyedari ia lahir di atas titisan darah idealisme anak-anak muda di sana.
Kematian Suharto juga didahului dengan kematian aktivis hak asasi manusia Munir Said Talib pada tahun 2004. Kematiannya telah mendedahkan bukti menunjukkan konspirasi di peringkat tinggi yang dalamnya terdapat segala tanda-tanda pembunuhan yang didorong oleh kepentingan politik.7 September 2004, Munir mati dalam keadaan yang terseksa dari dos arsenik dalam penerbangan 974 dari Singapura ke Amsterdam, tiga jam dari destinasinya. Penerbangan oleh Garuda, datang dari Indonesia. Munir pertama kali dikenali pada tahun 1998 kerana mendedahkan salahguna kuasa rejim Suharto dan ia paling ke hadapan dalam memperincikan jenayah tentera di Timor Timur, Papua dan Aceh.
Dia mengasaskan dua kumpulan hak sivil, Suruhanjaya Orang-orang yang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras) dalam tahun 1998 dan Pemantauan Hak Asasi Manusia Indonesia (Imparsial). Pada masa dia mati, rakan-rakan percaya yang Munir sedang menyiapkan satu laporan korupsi yang ada kaitan dengan operasi ketenteraan dan program sivik di Aceh. Tiada petanda yang dia sedang menyiasat Garuda atau mana-mana operasinya. Suruhanjaya mencari maklumat sudah menuding jarinya kepada Agensi Perisikan Negara (BIN), ketika pembunuhan Munir ialah pengarahnya bekas jeneral Ahmad Hendropriyono. Ahmad Hendropriyono seorang pegawai Kopassus yang dibenci, pernah menjadi komander Sumatra Selatan pada February 1989 apabila Kopassus menyerbu sebuah kampung di wilayah Lampung, membunuh lebih 100 lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Begitulah sejarah hidup diktator Indonesia yang telah mewarnai kegelapan dan 'mendahulukan' kematian sang pewira mahasiswa dan aktivis masyarakat.
Semoga Allah mengampuninya dan meletakkan dikalangan orang - orang yang beriman. AL Fatihah.
No comments:
Post a Comment