Alhamdullillah, akhirnya tamat sudah perjuanganku berkahwin dengan buku agar dapat berbulan madu bersama kejayaan. Tahun ini dikira mencabar juga dugaannya. Pelbagai detik kesedihan dan kegembiraan terakam sepanjang menempuh final ini. Suma kisah2 manis itu pernah ditinta hitamkan dalam blog nie. Antara subjek pilihanku semester ini:
1.English For Academic Purposes (EAP)
2.Public International Law 13.Criminal Procedure Code 1
4.Professional Practice 1
5.Law of Evidence 1
6.Company Law 11
7.Usul Fiqh 111
8.Automotive Skills
Harapnya suma subjek ini tidak akan kutemui semula semester depan (repeat)..minta simpang malaikat 24..(org tua2 selalu melatah)..dalam masa yang sama ketika saya menempuh cabaran belajar di bumi hijau semester ini, masa terpaksa dibahagi2kan sebaiknya. Time is an essence. Kalaulah ada orang yang sanggup menerima tanggungjawab sepertimana saya tanggung selama ini, ingin terus saya hadiahkan segulung takziah buatnya. Allah sahaja yang tahu apa yang kutanggung selama ini.Cuba bayangkan dalam suasana belajar dengan 23.5 kredit dan 26jam (contact hours), saya terpaksa bahagikan masa dengan lebih tersusun. Mahu berkongsi bersama pengalaman yang cukup indah semester ini. Di sini, saya larikkan beberapa taklifan dan perkara penting terpaksa saya alami semester ini:-
1.Menjadi anggota polis sukarelawan
2.Menjadi Timb Presiden Kelab Ma'ruf3.Menjadi Setiausaha Akhbar Presiden MPPUIAM
4.Menjadi Ketua Koordinator Anak2 Kedah UIA
5.Menjadi Part Timer Comp Lab UIA
6.Menjalankan bisnes (kereta sewa)
7.Naqib / Fasilitator CCAC, UIA
8.dan byk lagi..
Kalaulah dibahagikan masa dengan semua tanggungjawab nie, tak termampu beban dibahu. Tapi apakan daya sendiri pilih, sendiri tanggung. Bagi saya, semua ini saya anggap ujian kepada saya sebagai daie. Bukan kita mengejar jawatan, tetapi taklifan mencari kita. Mahunya saya ini menolak semua jawatan yang ditabur, tapi bila Islam didambakan, agar terus bersinar bak lukluk marjan, lautan dalam sanggup kurenangi, gunung yang tinggi sanggup kudaki, inikan pula masa sanggup kukorbankan untuk Islam.
Kalau mahukan kesenangan seperti sahabat lain (main, window shopping, tgk vcd, lepak2, outing, makan2, layan LAN, WAU, DOTA, uptown etc) maka sudah pasti saya tidak layak dipanggil Hafizbad. Kekadang masa seperti itu terpaksa dikorbankan buat Islam. Mana lagi masa ingin dicari, kalau boleh mahu saja saya mendengar kuliah setiap maghrib setiap hari di surau. Suasana exam telah menghalang hampir sepurnama jauhnya saya dari kitab2 turath pengajian ala pondok di Surau Ubudiah, Tmn Sri Gombak. Itulah saja tempat bermainku, tempat ' layan VCD' yang dimainkan oleh tok2 guru dengan tajuk2 yang 'blockbuster' agar dapat hati ini bergembira setenang para sahabat dan awliya'.
"Ya Allah, kiranya apa kulaksanakan ini ikhlas buatmu, nyatakanlah ia melalui keputusan imtihanku ini"
Pesananku buat sahabat, ikhwah dan akhwat, hidup ini bukannya semudah memalit jem dan sekaya, bukan sesenang menuang kopi dan gula, tapi ia sukar kerana ranjaunya penuh berliku, airnya suram, licin dan tepu. Mana mungkin kita sebagai orang yang ditarbiyyah oleh Allah begitu mudah menolak taklifan tika Islam menanti Kemenangan. Kalau Saidina Uthman terpaksa korbankan kekayaannya kenapa tidak kita korbankan sedikit masa. Kalau Saidina Hamzah, korbankan nyawa di Badar, kenapa tidak kita korbankan waktu lapang kita. Kalau para anbiya' terpaksa korbankan keluarga demi agama ALLAH, kenapa kita suka berdalih, beralasan, dan durjana terhadap Tuhan Pencipta.
Ingatlah!!!Kita memerlukan Islam dan Islam tidak memerlukan kita. Jangan mudah terngadah, tersentak dan tersasul dalam perjuangan. Kuhadiahkan doa buat teman dan taulan, rakan seperjuangan, yang bakal meniti erti perjuangan yang sebenar-Khas buat rakan - rakan TQ. Siru Ala Baraktillah. Esok saya akan berangkat pulang, seorang diri memandu buraq kancil ikut jalan lama (bajet tak cukup). Doakan saya. Chaiok!!
No comments:
Post a Comment