Hari malang bagi diri empunya blog nie apabila terlibat dengan kemalangan kecil di UIA. Kemalangan itu melibatkan antara motorsikal yang dipandu oleh saya sendiri dan sebuah kereta Proton Iswara. Kejadian berlaku pada jam 6.00 petang bertarikh 1 November 2007 bersamaan hari Khamis. Ketika itu hujan renyai2 nak lebat. Malang tidak berbau. Ketika mengambil jalan menghala ke parking lot IRK (staff car park), sebuah kereta proton hijau memandu kearah bertentangan telah melanggar saya. Namun, rezeki semuanya dari Allah. Kemalangan itu tidak mengorbankan ribuan nyawa seperti berlaku di Pucket yang membabitkan ribut tsunami. Tetapi hanya kerosakan kecil berlaku yang melibatkan 'scratch' pada motosikal saya dan pecah lampu signal kereta tersebut.
Apa yang menarik, disebalik kerosakan material yang ada, sudah pasti ada kecederaan diri. Saya terlepas dari maut apabila motor saya brek mengejut (macam time belajar memandu nak amik lesen L) dan terkena lampu signal kerete itu. Tapi yang menarik, lucu dan pedihnya, ketika kemalangan itu berlaku, kaki saya terutamanya jari kaki dipijak oleh tayar kereta. Kalau pijak berlalu begitu sahaja kira ok juga. tapi yang berlaku sebaliknya apabila kereta yang turut brek itu terpijak kakiku (yang macho ini) dan menghempapnya serta terhenti di atasnya. Bayangkanlah tuan2 dan puan. Tayar keta yang berat keta itu lebih 3 tan atas kaki kita. Pergh macam tak caya. Sekali tengok macam aksi orang kuat Malaysia yang tarik kapal terbang guna rambut tapi nie macam nak angkat keta guna kaki. yang berhenti tu plak sampai 20 saat.
Sekali tengok sedih dan kesian kaki saya yang selalu guna utk kawad nie. Macam nie lah senario accident tu. Pemandu itu adalah seorang perepuan yang juga staff UIA. Ketika accident dia bawa kereta dalam keadaan tingkap tertutup (takkan tgh hujan pi bukak tingkap). Jadinya saya pun masa tayar atas kaki tu cuba tarik tapi tak boleh sebab beratnya keta itu. Jadi guna jari telunjuk dan point out pada tayar tu. Akak tadi blur dan terpelohong biji mata dia. Lepas tu, sebab tak faham isyarat saya (masa tu kaki masih lagi bawah tayar), dia pun bukak tingkap guna power window dan berkata, "adik tak apa2 ker? ada rosak moto?"(masa tu kaki masih lagi bawah tayar). Saya pun membalas dengan berkata, "moto saya tak ada pa2 cuma kaki saya?" akan itu tanya balik, "kenapa kaki adik? (masa tu kaki masih2 lagi bawah tayar) " Saya pun balas sekali lagi, "kaki saya nie tayar akak pijak." Akak tu pun kuar kepala skit dan tengok kaki saya dulu (masa tu kaki masih lagi dan lagi bawah tayar). Selepas baru dia reverse. Mak oi, penat dan merah kaki aku dibuatnya. Pastu kami settle secara aman (Saya nie jenis malas nak gaduh). Dia pesan pi demah kaki (guna ais) dan gi klinik UIA.
Pastu balik ler dengan perasaan sedih bercampur lawak skit. Esoknya (ari nie) pi jumpa dengan doktor dan buat x ray. Alhamdullilah segalanya selamat. Tiada retak dan patah. Nie saya quote balik kata2 doktor itu. "Kaki awak tak patah dan retak." saya pun tanya balik dan 'confirm'kan yang semalam kaki ini dipijak tayar. doktor perempuan itu kata, "Ini memang rezeki awak, selalunya kalau kena pijak clinically memang tak nampak luaran dan x ray baru tahu patah. Kes awak nie macam orang buat magic, letak telur pijak guna tayar tak pecah. Bukan sebab dia pandai buat silap mata tapi terkena point dia maka telur tak pecah. Kaki awak pun macam tu, tayar tu terpijak kena point yang sebabkan tak patah. " Itulah yang saya nampak cantik doktor tu bagi analogi. Bukan silap mata tapi mata kita yang tersilap tengok tapi bagi kes saya nie memang mata saya tengok dan tak tersilap.
Alhamdullilah nie mungkin kafarrah dosa saya yang lampau. Apapun bila dah jadi macam nie kita kena kembali pada tuhan. Kalaulah tuhan nak amik nyawa saya time tu, mungkin tak sempat nak tekan butang2 huruf kat papan keyboard nie.
"Ya Allah segala pujian buatMu tuan sekalian alam"
[nama dan nombor matrik pun ada lagi]
7 comments:
Hafiz...
Get well soon... Syafakallah...
pid,
mesti bw laju motor 2 kan? tu pasal x sempat brek! anyway..benda dah jadi..sehat je kan tapinya..
lain kali bw motor elok2..banyak paper lagi 2 nak xm..hehe
lepas aku nak hg wat majik lg.. meh aku plak pijak kaki hg.. huhuhuh hahahaha
shafakallah
Jazakalah suma!!
Alhamdullilah, kaki dah tak ada apa dah...
hehehe..
Salam..
Cerita sedih ( sepatutnya) yang digarap dengan lucu..
SyafakaLlah..
Ingatlah,
" sesuatu yang telah Allah taqdirkan untuk mu pasti kan berlaku walau kau bersembunyi di dalam peti besi sekalipun "
tq atas nasihat Tasbih_Kokka
kisah anta mengingatkn kisah ana y xberbau jgk hehehe...malang mmg xberbau...siap jd superman lg tue(seperti y dilaporkn oleh kwn2 yg menyaksikn LIVE accident tue),hebat kn,bila igt balik mmg kelakar, n very2 painfullll...my knee is torn n i cannot perform solat normally (have to sit), n i cannot bend my knee for several days...tp bgs jugak kena accident nie skali-skala,in a way can be kafarah for me, n only then i really appreciated wat Allah has given me (my beloved knee n everything q(^_^)p )..before tis always take sumthing for granted jek...kdg2 kite kena merasai kehilangan untuk menikmati ape yg kite ade skrg...
Post a Comment