"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, October 31, 2007

Selamat Bermujahadah dalam 'FINAL EXAM'

Gendang Final Exam sudah dipalu. Ratusan pelajar mula membanjiri rumah kedua mereka iaitu 'Library' atau dalam bahasa UIA disebut 'Baitul Hikmah'. Semuanya hanya bermatlamatkan satu. Berjaya dengan cemerlang untuk mendapat segulung ijazah. Tertera di dalamnya PNGK atau 'pointer' yang bersinar. Untuk kebahagiaan masa hadapan.

Namun disebalik kesibukan kita pada waktu menelaah pelajaran, berbincang secara berkumpulan, membuat analisis secara analitikal kertas peperiksaan lampau dan sebagainya, jangan kita lupa pada tanggungjawab kita kepada Rabbi. Tuhan yang Esa dan akan menentukan kejayaan yang satu. Ramai dikalangan kita atas alasan sibuk 'study', maka hal-hal berkaitan ibadat dipinggirkan. Bukan sahaja ibadat nawafil, bahkan yang fardhu juga turut tergelincir.

Saya teringat seorang sahabat dunia dan akhirat saya pernah menyebut, " kalau diletakkan hak Allah dan hak manusia (bersahabat) maka kita pilihlah Hak Allah dan dahulukannya ia." Itulah kata - kata yang paling manis diberikan oleh seorang sahabat saya apabila berbicara bersamanya tentang ukhwah fillah abadan abada. Maka, secara teknikalnya kebergantungan kita perlu pada Allah seperti yang termaktub dalam surah Al Ikhlas ayat ke-2, "Sesungguhnya hanya Allah tempat bergantungan".

Kita perlu ingat bahawa kejayaan terletak pada Allah. Kalau kita berada dalam dewan peperiksaan dan secara kebetulannya tiba - tiba 'blank'. Siapa lagi yang dapat 'on' kan semula dan sambungkan 'transmission cable' dari 'power supply' kalau bukan 'Engineer' terhebat dunia yang tiada tandingnya iaitu Allah. Selain itu, doa dan keberkatan keluarga turut dilalaikan oleh pelajar. Seharusnya dalam waktu kita menghadapi imtihan ini, maka amat wajar sekali kalau kita meluangkan masa seketika dalam 5 - 10 minit untuk berbual bersama ayah, ibu dan memohon agar mereka dapat mendoakan kita. Bukankah itu lebih mulia dari 'bergayut' bersama awek kononya nak dapat tips kuatkan semangat. Itu hanyalah tahyul dan kurafat masyarakat melayu yang paling besar.

Maka yang bekalan terakhir dalam kita menempuh 'final', hubungan kita bersama rakan-rakan. Perkara ini selalu ditekankan oleh kebanyakan Ulama' Tasawuf. Seperti yang telah dibawa oleh Imam Al Ghazali rahimahullah dalam tintanya, Bidayatul Hidayah,"Carilah rakan yang bila kita melihatnya maka kita teringatkan Allah." Selain itu, muamalah kita bersamanya juga perlu dijaga jangan sampai menyakitkan hatinya. Siapa tahu, akibat dan angkara kita yang bergurau senda, secara tak langsung kita terlepas pandang kata - kata kita yang membungkam dan menyentak perasaannya. Ingat nabi pernah bersabda mafhumnya doa orang - orang yang dizalimi lebih awla untuk dimakbulkan Allah.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Satu buat rakan dan taulan sekalian..!!

3 comments:

mohsein said...

pointer bersinar menjamin kebahagiaan masa depan ke?

Hafizbad said...

Memang jawapannya mootable area dan ramai pun survive sampai berjaya kaya raya dengan pointer biasa. Cumanya jalan mudah utk bahagia adalah pointer baik. Jalan sukar dan berliku serta letih skit kalau pointer kureng skit. Itu jer beza. Nak bahagia terletak ditangan masing - masing despite of pointer cantik atua vice versa

mohsein said...

aku akan buktikan pointer cikai berjaya jgak.. hehehehhe