"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, October 20, 2007

Kenyataan Akhbar | Press Statement

Parti Politik Diseru Duduk Semeja Raikan Aidilfitri

Oleh:
Muhammad Hafiz bin Badarulzaman
Timb. Presiden 1
Kelab Ma’ruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Bulan Syawal adalah bulan mulia di mana umat Islam seantero dunia meraikan kemenangan dalam mengongkong nafsu ketika di bulan Ramadhan. Bahkan kebanyakkan ulama’ dan hukama’ menyatakan bulan mulia ini ialah bulan kembalinya kita kepada fitrah. Antara perkara yang terbaik dalam meraikan bulan ini ialah dengan amalan kunjung – mengunjung bagi menyemai kasih sayang sesama ummah.

Kelab Ma’ruf UIAM selaku mewakili mahasiswa di IPTA Lembah Klang, ingin menyeru kepada semua parti politik samada parti kerajaan atau pembangkang agar dapat meninggalkan sementara idealogi politik masing – masing dengan dikumpulkan dalam satu majlis sambutan Aidilfitri yang boleh mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Ini sejajar dengan amalan kunjung mengunjung yang digalakkan agama. Oleh itu, dalam merealisasikan impian ini Kelab Ma’ruf ingin menyarankan agar badan – badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa aspirasi perpaduan dapat menjadi ‘orang tengah’ dalam menjalinkan hubungan parti politik yang berlainan ideology ini. Perpaduan antara parti politik boleh dilihat beberapa tahun lalu apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya mengadakan pidato keamanan berkaitan isu Palestin yang dihadiri oleh dua parti politik Melayu terbesar di Malaysia. Mereka berjaya duduk semeja dan menghentikan seketika perbalahan demi kemaslahatan ummah sejagat.

Justeru, Kelab Ma’ruf berbesar hati sekiranya peristiwa yang mengukuhkan perpaduan tanpa mengira sempadan politik dapat diulang semula demi memaut kasih agar terus terlestari. Kami menyokong penuh hasrat NGO yang berani tampil kehadapan untuk merakamkannya supaya tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia.
Sekian, terima kasih.

No comments: