"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, October 25, 2007

Kelab Ma'ruf dan Tekanannya!!!

Idea berkenaan dengan penulisan ini sudah terlintas di benak hati beberapa bulan yang lalu kerana terlampau geram dan panas gara - gara MC yang 'unconstitutionally suspended' oleh HEP UIA @ Students Development Division;S-Dev. Sememangnya penggantungan (suspension)ini memberi impak maksima (bukan filem noh) kepada MC kerana semata - mata mahu mematikan perjuangan dakwah ampuh yang berjaya dilakukan oleh MC pada semester yang lalu. Namun persoalan yang boleh diutarakan di sini ialah kenapa dan mengapa serta apa motif sebenar suspension ini. Adakah wujudnya 'hidden agenda' oleh interested party sehingga suspension ini diteruskan untuk 'survival political will' mereka??

Mari saya bawakan semua pembaca kronologi 'penggantungan' tidak bertali MC. Pertama, mari kita lihat terlibih dahulu wadah perjuangan MC yang bertunjangkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Disebabkan wadah ini maka kami diperingkat MGB (Management Board) MC ingin me'masyarakat'kan MC dengan program kebajikan. Maka satu usul telah dikeluarkan dalam sebuah meeting sebelum bermulanya semester satu dan hasilnya Ma'ruf Volunteer Team ditubuhkan utk membantu pelajar baru dalam Taaruf Week (Minggu Haluan Siswa). Maka dalam mencantikkan MVT ini (Ma'ruf Volunteer Team), maka kami telah 'come out' dengan proposal utk buat 'banner', 'leaflet' and 'bookmarks' semata - mata utk kemudahan pelajar baru. Namun banner telah kami buat dan mahukan 'approval'; pengesahan, dari S-dev, tidak berjaya didapati kerana pegawai yang bertugas dalam kursus. Oleh yang demikian, banner telah dibuat dan digantung apabila bermulanya Ta'ruf Week di CAC (Culture Activity Centre). Disitulah segalanya2 bermula.

Hari Taaruf Week

1. Kehadiran MVT MC disambut baik oleh AJK Taaruf Week.
2. Banner yang dipasang seawal pagi lagi terserlah menyambut kehadiran New Intake Students.
3. Bro Latif, HEP, tiba2 datang dan menyerbu saya seterusnya merampas banner MC.
4. Berlaku sedikit perbincangan antara saya dan HEP namun rayuan saya ditolak.
5. Sekoyong2nya budak2 GPMS berjalan dengan pakaian mereka relax bersama payung khas
6. Mdm Martinelli,HEP, menelefon saya dan mengarahkan projek MVT.
7. Perbincangan telefon panas apabila saya memberikan beberapa hujah agar diteruskan MVT:-

i - bookmarks-tiada propaganda kerana dalamnya muatkan ayat dari surah berkaitan ukhwah
ii - leaflet- ialah route map UIA dan Gombak
iii - banner - muka saya dan suma presidential secretariat (final year) - x bleh bertanding SRC
iv - adakah mengangkat beg pun perlu mendapatkan approval?
v - kenapa kita masih prejudice terhadap Islam dan persatuan berasaskan Islam?

8. Akhirnya, disebabkan hormat maka saya menghentikan progress MVT.
9. Petang itu, adakan pertemuan dengan Bro Latif memohon semula banner, sekali berlaku perbincangan matang:-

i - Bro Latif kata banner tak dapat approval, kalau dapat maka boleh gantung.
ii - Selepas itu terus saja saya minta maaf kerana x ada approval dan terus saja minta approval
iii - Bro Latif terkedu sebab saya terus saja meminta approval, masakan dia menolak.
iv - Alasan diberikannya banner patut digantung pada mula prog taaruf, waktu lain x relevan
v - Saya beralasan balik kata banner akan relevan sepanjang Taaruf bukan limit satu hari saja
vi - banner dijanji approve esoknya tapi malang pembohongan telah berlaku,

10. Beberapa hari selepas itu, kami terus berjumpa Dr Akmal utk clarification status MC.
11. Dr Akmal menyatakan arahan top management supaya disuspend
12. Kami menunggu sebarang surat utk suspend, tapi tak kunjung tiba.
13. Diplomasi diteruskan lagi apabila kami berjumpa Mdm Martinelli. Namun x berjaya.
14. Apabila hampir sebulan barulah mereka verbally suspend kami.
15. Sekali lagi memohon suspension letter tapi tetap x di'issue'kan juga.
16. Kami memohon juga dari Bro. Abu Bakar Omar utk rujukan surat kuar masuk-ditolak.
17. Selepas itu program telah dibekukan sehinggalah di akhir semester.

Begitulah kronologi yang dihadapi MC sepanjang semester satu ini.

Maaruf Club telah DINAFIKAN hak berpersatuan di atas isu kecil (teknikal) selama satu Semester. Inilah Kebobrokan dan Birokrasi Terhina oleh HEP UIA. Bayangkan kita gagal membawa suara Islam ini tapi balasannya. Inilah salahguna kuasa yang paling TIDAK DEMOKRATIK dan TERHINA. Kebebasan diCABUL dengan sesuka hati dan diratah dengan penuh Nafsu.

Nantikan pembongkaran lagi terhadap 'penghinaan' Maruf Club dari HEP UIA.

No comments: