Sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu amat memeritkan. Kalau ramai yang berasa selesa dan seronok tapi bagi aku satu yang menyeksakan. Mahunya tidak aku terlibat dengan Perarakan Kemerdekaan ke-50 di Dataran Merdeka. Kami berkumpul di Main Stairs seawal 6.00am dan bergerak ke sana pada jam 6.45am utk mengelakkan traffic jam.
[Bersama M16 kepunyaan PGA Batolion 6]
Sesampainya di sana (Masjid Negara), nasib baik makanan dah disediakan. Kami pun makan dengan bersyukur sebab semalam tak makan maa..Then kami bersiap siaga dalam kul 8.45am. Lepas tu start kawad dari Masjid Negara. Mendengar teriakan squad leader (tak silap SM) yang penuh serak basah, "PDRM!!!! Dari Kiri Cepat..Jalan!!," mak oi, suma gerombolan polis bergerak seraya teriakan tuu.. Start dari Polis Pemegang Panji Malaysia & Sang Saka Biru, Polis Pelancong sampai ke belakang tak silap aku PGA kot. Suma kawad serentak sambil dok jaga step.
Nak dijadinya citer, time kawad masuk di Dataran Merdeka, maka geng BAND PDRM pun start balun dia punya gendang. Maka kami akan kawad ikut bit BAND tadi, tapi organiser yang tak berapa reti tuu, pi pasang plak lagu Malaysia Gemilang. Abis terabur kami punya kawad. Bukan Suksis saja tapi samapi belakang terabur. Letih plak kawad sampai 3km lebih. Berhenti kat Hotel Plaza lepas dariapada Maju Junction. Letih, tuhan saja ketahui..Pernah salah seorang menceritakan ketika melalui latihan airborne (parachute) seorang rakan mereka terbunuh kerana tidak berjaya membuka payung terjun. Hasilnya tubuhnya berkecai seperti buah tembikai (minta maaf terpaksa disebut). Yang tinggal hanyalah cebisan daging dalam bajunya.
Apa pun yang menariknya aku dapat banyak pengalaman dari pelbagai cawangan dan bahagian dalam pasukan Polis. Pengalaman itu aku kutip semasa mula berbicara dengan Skuadron 69 (Komando). Katanya pasukan itu ditubuhkan pada tahun 1969. Mereka dibekalkan sepucuk pistol Victor, Pisau Rambo, Google, Selaras MP5 A3 (kalau tak silap). Bagi mereka utk melalui latihan komando bukannya semudah berkata di mulut. Pernah salah seorang menceritakan ketika melalui latihan airborne (parachute) seorang rakan mereka terbunuh kerana tidak berjaya membuka payung terjun. Hasilnya tubuhnya berkecai seperti buah tembikai (minta maaf terpaksa disebut). Yang tinggal hanyalah cebisan daging dalam bajunya.
Mereka juga menceritakan pengalaman seorang pegawai yang terbunuh dalam latihan mencari periuk api. Nama pegawai tersebut kini diabadikan di Kem Latihan Grik, Kem Zambri, sempena kematiannya di situ. Di dalam komando ini terdapat beberapa asas iaitu Scuba, Airbone, Sniper. Hanya orang yang layak sahaja boleh mempunyai kelebihan ketiga asas itu. Orang yang sempat saya amati ialah En Hamdan, yang berjaya mengumpul tiga asas ini dan tersemat dibajunya. Satu lagi badge yang ada di bajunya ialah badge yang menunjukkan bahawa beliau pernah mengikuti latihan asas bersama US/Britain.
Hakikatnya, mereka terpaksa menyabung nyawa malah sehingga tahap meninggalkan keluarga demi menyelamatkan maruah negara tercinta. Semoga Allah membalas jasa mereka yang terkorban. Al Fatihah.
[Sama hati tapi lain rupa - Polis Marin PDRM]
[Steyer buatan M'sia milik TLDM]
[Kereta Kebal Buatan Poland kepunyaan M'sia]
3 comments:
apid yg segak, :P
nak g tgk tp ibu x bg...wargh!!
segak2,cam kenal je name tag2....
To-anonymous-nametag ilang time tuu.so terpaksa pinjam nama orang jap.hehehe
Post a Comment