"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, June 12, 2007

Penyokong DAP fanatik Kebebasan Beragama

Sumber: umno-reform.com


[Barisan Panelis Forum Isu Lina Joy]


Kesian Lina Joy, tidak ada keadilan dalam Hak Kebebasan Beragama dan biarkan mereka keluar dari Islam adalah antara yang dibicarakan dalam Forum tajaan DAP. Kita yang hadir dalam forum itu akan terkejut dengan laungan TIDAK BENAR ! TIDAK BENAR bila wakil dari ABIM Sdra Yusri membicarakan bahawa Malaysia mempunyai toleransi, hubungan baik antara agama dan keharmonian yang terbaik di dunia. Rata-rata yang hadir adalah dari kaum Cina memekik se olah - olah mereka tertindas dengan sistem yang ada di Malaysia khususnya kebebasan beragama.".


Dalam forum ini ada hero Melayu yang menyokong membenarkan Lina Joy menukar agama dengan alasan bahawa beliau lebih rela memberi salam kepada orang Muslim sebenar dan sekiranya mereka mahu menukar agama biakan. Hero Melayu itu Dr Azmi Sharom, Associate Prof UM Fakulti Perundangan digegarkan dengan tepok sorak bila beliau mengatakan - dari apa yang beliau tahu tidak ada hukuman dunia dalam Al Quran untuk mereka yang murtad. Sdra Yusri dari ABIM pula mengatakan sungguhpun ada dalam Al Quran melarang kita berada dalam kumpulan yang menghina Islam tetapi beliau hadir bukan untuk menerangkan secara mendalam kerana beliau bukan penguasa dalam Agama Islam tetapi berpendapat forum ini tidak sesuai untuk mencari jawapan mengenai isu 'murtad."

Namun apa yang jelas , DAP malam itu sungguhpun tidak secara langsung tetapi hadir membicarakan mengenai Islam, satu perkara yang mereka terjemahkan atas landasan hukum dunia, hak asasi kebebasan manusia dan hak kebebasan beragama. Kenapa ini dibiarkan berlaku? Kenapa mereka boleh membicarakan dan kita tidak boleh mempertahankan secara terbuka dan kolektif? Bagaimana agaknya bangsa kita esok hari, apabila hari ini teruja dengan sokongan tepuk sorak hadiran yang rata-rata berbangsa dan beragama lain yang sedang membicarakan Islam.

No comments: