"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, September 16, 2013

Sedutan Khutbah September 2013 di Masjid UUM

Alhamdulillah dengan berkat, limpah dan perkenanNya Allah swt telah memberikan saya satu peluang untuk berkongsi bersama para jemaah tentang Zikrullah: Hati Akan Tenang. Berikut merupakan sebahagian daripada perkongsian dalam khutbah Jumaat yang lepas:

Menurut satu riwayat, seorang lelaki menemui Ibnu Masoud R.A. untuk meminta nasihat. Katanya: “Wahai Ibnu Masoud, berilah saya nasihat untuk penawar jiwa saya yang gelisah, tidak tenteram, fikiran kusut, tidak selera makan dan sukar melelapkan mata ketika tidur malam”. Ibnu Masoud menjawab: “Wahai saudara, bawalah hatimu itu mengunjungi tiga tempat”: 

Pertama : Pergilah kamu ketempat orang membaca al-Quran. Di sana engkau boleh bersama-sama membaca al- Quran atau mendengar orang lain membacanya. 

Kedua : Pergilah kamu ke majlis-majlis ilmu, untuk mendapat petunjuk dan mengingatkan kebesaran Allah SWT. 

Ketiga : Carilah masa dan tempat sunyi, di saat orang sedang tidur nyenyak. Engkau bangun dan lakukan solat-solat sunat, serta mohon doa kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

Setelah mendapat nasihat itu, dia pun balik kerumahnya dan melakukan apa yang dinasihatkan. Beliau berwuduk dan solat sunat dengan khusyuk dan membaca al-Quran. Selepas melakukan amalan tersebut, maka di dapati jiwanya merasa tenang, tenteram dan hilang segala kegelisahan yang dihadapinya.

Sesungguhnya mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berzikir boleh menghilangkan kerunsingan dan kesusahan hati.

Share

No comments: