Ini merupakan kali pertama penampilan saya bersama dengan pelajar-pelajar yang berada sebumbung dengan sekolah saya. Dalam perkongsian kali ini, saya sekali lagi menegaskan kepada para pelajar bahawa kita tidak perlu malu dan segan apabila kita membawa 'title' sekolah agama kerana Allah akan senantiasa membantu. Sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis masyur yang mafhumnya, "barangsiapa yang suka kepada amal kebaikan, maka Allah akan faqihkannya dalam ilmu agama." Ibrahnya mudah iaitu apabila kita menuntut ilmu, kita perlu ikhlas kerana Allah, maka Allah akan mudahkan jalan masa hadapan kita.
Oleh itu, kita tidak boleh putus semangat dan kecewa apabila belajar ilmu agama kerana ilmu ini pendinding apabila kita berada di universiti. Alam universiti ialah alam transisi remaja kepada belia yang cenderung kepada kebaikan untuk memenangi akhirat atau keinginan kepada kenakalan untuk memenangi dunia. Pilihan di tangan anda! Bangga dan bersyukurlah anda menuntut di sekolah agama. Salam Maju Jaya.
[Kenangan mengimbau apabila melihat pelajar Maktab Mahmud]
[Peserta yang terdiri dari pelajar PMR dan SPM]
[Kalau anda mahukan perubahan, anda perlu berubah]

No comments:
Post a Comment