"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, May 25, 2011

Takziah Kepada Semua Waris

Kejadian tanah runtuh yang melibatkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lepas sangat memilukan. Rumah anak yatim itu didiami oleh 49 penghuni termasuk lima penjaga dan ketika kejadian seramai 20 hingga 30 penghuni dikatakan berada di rumah berkenaan. Kejadian tanah runtuh tersebut telah meragut 16 nyawa anak-anak yatim yang rata-ratanya berumur 9-12 tahun. Buat masa ini terdapat tiga mangsa yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang dan kaki dua daripada mereka terpaksa dipotong sebelah manakala seorang lagi diberi rawatan rapi.

[Foto yang dikatakan semua anak-anak yatim Madrasah Al-Taqwa sebelum peristiwa tanah runtuh berlaku-sumber FB]

Peristiwa yang berlaku pada minggu lepas sepatutnya dijadikan sebagai ibrah dan mengambil istifadah darinya. Ini menunjukkan Kudrah dan Iradah Allah melampaui pemikiran manusia. Hidup dan mati tidak mengira usia, bangsa dan tempat. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz yang hanya berada dalam ilmuNya. Oleh itu, satu pengajaran perlu diambil agar kita bersedia menghadapinya dengan hati yang redha.

Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr. Ku Halim Ku Hamid menyatakan bahawa penghuni bangunan atau rumah berhampiran tebing tinggi dinasihatkan supaya sentiasa memantau struktur tanah di sekitar kawasan mereka dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlakunya pergerakan tanah yang luar biasa.

Tambahnya, keadaan tanah di tebing bukit yang berubah keadaan fizikalnya boleh dikesan apabila kawasan tersebut kelihatan tidak stabil strukturnya serta tidak mampu menyerap air hujan yang bertakung di kawasan tanah tinggi itu.

Oleh itu, marilah sama-sama kita beramal dengan doa yang warid susunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di sini saya kepilkan beberapa doa berkaitan alam untuk bacaan bersama:

Doa Ketika Hujan Turun
Allahumma Shoyyiban Nafia (Riwayat Bukhari)
"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat"

Doa Ketika Guruh dan Petir
Allahumma La Taqtulna Bi Ghadhabika Wa La Tuhlikuna Bi Azabika Wa 'Afina Qabla Zalika (Riwayat Tirmidzi)
"Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami kerana kemurkaanMu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan seksaanMu. Ampunilah kami sebelum berlakunya semua itu."


Takziah kepada semua mangsa tanah runtuh. Mudah-mudah anda semua berada di sisi anbiya' dan salihin. "Sesungguhnya bagi Allah apa yang diambilNya dan bagiNya jua apa yang diberikanNya dan setiap di sisiNya ada tempoh tertentu." (Riwayat Bukhari). Al-Fatihah!


Share

2 comments:

nik ayunnie said...

Al-Fatihah...sedih.....semoga ada ganjaran dr Allah...

Hafizbad said...

Kita perlu mengambil iktibar. Mereka telah pun bertemu Allah. Sudahkah kita bersedia untuk bertemu Allah?

Tepuk dada, tanya iman.

MHB