"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, May 16, 2011

Salam Keramat Buat Guru 2011


GURU OH GURU (Usman Awang 1979)

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Salam Hari Guru buat semua cikgu-cikgu yang mengajar dan mengenali diri ini. Ucapan khas ini ditujukan kepada cikgu-cikgu :

Sek Keb Seri Aman (1991-1995)
Sek Agama Daris Sg Jagong (1995-1996)
Maktab Mahmud Alor Setar (1997-2001)
Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) (2002-2003)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) (2004-2010)
serta guru-guru yang pernah menjemput saya berkongsi pandangan dalam program-program sekolah.

"Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa."Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar anda. Anda semua selamanya adalah guru saya. Mohon maaf andai ada salah dan khilaf.

Muhammad Hafiz Badarulzaman

No comments: