Akhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIBF) yang bertempat di Pusat Dagangan Duni Putra (PWTC) melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, disebalik kesibukan belajar dan bekerja, saya juga sempat menjengah dan 'bermukim' selama beberapa jam bersama isteri untuk melihat dan membeli buku - buku rujukan yang terbaik untuk dijadikan bahan bacaan.
Hari yang terakhir betul2 'mengoncang iman' apabila saya banyak melihat orang daripada melihat buku. Ini berlaku kerana semua orang berpusu-pusu mencari buku disebabkan dua perkara utama:
1. Hari terakhir Pesta Buku
2. Gaji baru masuk
Walaubagaimanapun saya dan isteri sempat jugak 'berbelanja sakan' dengan membeli hampir 20 buah buku dan majalah sehingga tak cukup tangan untuk membawa pulang. Biar wang yang kita laburkan ini mampu memberikan ASET KEKAL yang berupa ILMU. Terima Kasih saya ucapkan kepada PTS Publication, Telaga Biru dan DAWAMA (DBP) yang sudi memberikan diskaun pada kami. Dengan berakhirnya 'Pesta MEMBELI Buku' maka bermulalah 'Pesta MEMBACA Buku'. Kepada yang membeli buku, Selamat Membaca. Suburkan minat membaca kerana membaca jambatan Ilmu.
1 comment:
увеличение чувствительности члена
[url=http://4len-super.front.ru/uvelichenie-chlena-do-i-posle.html]Увеличение члена до и после[/url]
хочу увеличить пенис
[url=http://4len-super.front.ru/kak-mojno-uvelichit-penis.html]Как можно увеличить пенис[/url]
насадка увеличивающая пенис
[url=http://4len-super.front.ru/legko-uvelichit-penis.html]Легко увеличить пенис[/url]
Post a Comment