"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, April 29, 2010

KPB Siri-5 di Nur Lembah Pangsun (16 - 18 April 2010)

[Jom menadah tangan sebelum makan]

[bersama penghulu KPB-5]

[boleh tahan jugak 'pitching'...]



Menarik dan Bersemangat. Itulah gambaran yang diberikan kepada para peserta KPB Siri 5 yang berlangsung di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Kehadiran dua sekolah utama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor memberikan inspirasi baru untuk mereka. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam mengajar erti mereka tentang Potensi dan Perubahan Diri. Semoga anda semua meneruskan kecemerlangan anda!

Beberapa perkara yang telah dikongsikan bersama dalam program tersebut. Dalam membuat Kumpulan Belajar (KP) anda perlu bijak mengaihkan tugasan.

1. Bahagikan secara samarata
Pastikan anda membahagikan tugasan itu secara adil dan samarata. Jangan biarkan seseorang itu dibebani tugasan yang banyak berbanding rakan yang lain.

2. Tentukan standard pembentangan
Anda perlu menentukan format pembentangan anda. Boleh dimuatkan gambar, carta, dan sebagainya. Ini akan membuatkan KB menjadi lebih seronok dan interaktif.
 
3. Tempat & Suasana yang sesuai
Faktor tempat dan suasana juga penting dalam mempengaruhi KB. Jangan pilih tempat yang terlalu gelap kerana boleh menyebabkan kita mudah terlena. Begitu juga tempat yang bising kerana boleh menghilangkan konsentrasi. Pilihlah kawasan yang tenang dan selesa.

[cantik muka suma...!]

[berani cabar diri]

[sesi suai kenal yang hebat sambil berlakon]

1 comment:

aqib said...

best r kem ni....cam nak lg je...