"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, November 21, 2008

Kursus Pengawas SMKDTHO [10-11 Nov 08]

[Bersama Osman Affan-Professional Trainer]

[Sebahagian Pengawas Muda SMKDTHO]

[Sebahagian Exco Pengawas yang baru dilantik]

[Antara Modul yang dimainkan]

[Logo Konsultan Osman Affan]

Sebelum menjelang percutian semester yang lalu, saya sempat meluangkan sedikit masa bersama dengan sebuah konsultan yang dipunyai penuh oleh seorang motivator terkenal iaitu En Osman Affan. Kali ini program yang sempat saya luangkan bertempat di Sek. Men. Keb. Desa Tun Hussien Onn, Setiawangsa. Program ini merupakan Kursus Kepimpinan Pengawas yang dijalankan selama dua hari bermula Isnin dan Selasa (10&11 November 2008)

Mungkin ini peluang keemasan saya bertemu dengan webmaster www.smartstudy.com.my. Beliau mempunyai bidang pendidikan yang unik iaitu merupakan graduan dari sebuah universiti antarabangsa di United Kingdom dalam bidang jurusan akaun. Sempat mempunyai pengalaman bekerja sebagai auditor selama tiga tahun dan akhirnya beliau memilih untuk berkecimpung sepenuh masa dalam bidang ‘training’ ini. Namun begitu, beliau masih lagi mempunyai sebuah pusat tuisyen yang menjadi tunjang dan nadi kepada beliau kerana hijrah beliau ke Kuala Lumpur sememangnya pada asalnya ingin membuka pusat tuisyen.

Pada hari kedua, saya telah diberikan peluang oleh Osman Affan untuk berkongsi pengalaman bersama para pengawas sekolah tersebut tentang bagaimana untuk menjadi Pemimpin Magnetik. Terima Kasih En Osman Affan!! Slot yang diberikan selama tiga jam kepada saya telah digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman sejati kepada para pengawas.

Antara tips menarik yang sempat dikongsi:

1. Untuk menjadi Pemimpin Magnetik anda perlu membina Kuasa Pengaruh
2. Pemimpin Magnetik adalah Mentor kepada rakan

Semoga para pengawas SMKDTHO bakal menjadi Pemimpin Magnetik yang cemerlang. Selamat Bertugas!!!

No comments: