"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, October 11, 2008

Sabar itu Satu Kekuatan

[Papan tanda IJN di dalam lif]

Saya bersama sahabat2 sebilik telah meluangkan masa untuk menziarahi ibu kepada sahabat saya yang kini telah terlantar di Institut Jantung Negara (IJN). Saya amat bersimpati kepada Kamarul (4th Year IRK) yang merupakan anak jati Sabah, dan kini sedang belajar di UIA telah ditimpa musibah apabila ibunya terpaksa terlantar di IJN.

Kalau sekadar terlantar, tidaklah merungsingkan tetapi apa yang memeningkannya ialah pembedahan yang bakal dilalui oleh ibunya iaitu kos pembedahan yang mencecah hampir RM 80,000.00. Syafahallah. Apa yang menyedihkan semalam ketika saya baru pulang dari surau selepas Isyak saya berjumpa Kamarul yang mahukan saya menemaninya untuk berjumpa ibunya. Katanya, ibunya dalam keadaan kritikal.Jadi saya pun bergegas dengan buraq saya demi seorang sahabat. yang menyedihkan lagi, setibanya kami disana, kami dimaklumkan bahawa ibunya kini hanya bergantung kepada 'life machine' buat sementara waktu.

Marilah sama2 kita doakan yang terbaik buat ibu Kamarul. Kalau Allah mahu mengambilnya pulang ke hadratNya dan itu jalan terbaik maka sebaiknya kita redha akan pemergiannya. Tapi jika jalan terbaik ialah Allah memberikan peluang kepada ibunya untuk hidup maka itu yang terbaik kita doakan.

Kepada Kamarul, kami mendoakan yang TERBAIK untuk keluarga nta.

No comments: