"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, October 9, 2008

Kuatkan Semangat Faridzul - Anda MAMPU !!!

[Batu Asas Pusat Perubatan Universiti Malaya]

Semua orang kenal Faridzul. Seorang Presiden LAWSOC yang berdedikasi dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan. Pelbagai kejyaan telah beliau kecapi dan nikmati sepanjang permerintahannya di bumia AIKOL. Tapi kali ini Allah telah menduganya dengan menyebabkan dirinya terpaksa dimasukkan ke wad. Itu adalah satu cubaan yang menunjukkan bahawa Allah SAYANGKAN dirinya agar Faridzul ini menjadi insane yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah.

Saya sempat meluangkan masa bersamanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya. Sebelum itu, saya sempat juga berbuka bersama Zukhari di Matrik PJ dengan tujuan agar saya sempat bertemu dua mata bersama adik perempuan saya yang menuntut di sana. Alhamdullilah saya sempat berjumpa dengannya maka pada hari ini saya telah selesaikan tiga tugasan iaitu berpuasa sunat Syawal, berjumpa adik dan berjumpa ‘junior’ AIKOL di PPUM.

[tanda di lengan-macam tak nak bagi pesakit lari dari hospital jer...]

Berbalik kepada keadaan Faridzul, segalanya bermula apabila dia menyedair tangannya menjadi kebas terutama ketika menyambut Aidilfitri baru2 ini. Keadaan itu menjadi lebih ‘sengsara’ apabila sakitnya berdenyut2 dan kini tangannya (jari2) sukar untuk menerima arahan otak dengan sempurna. Ketika saya melawatnya berzama Zukhairi dia masih lagi mampu tersenyum dan ketawa bersama2 walaupun diwajahnya dapat saya baca kesedihan terhadap sakit yang dialaminya.

Katanya, dia telah melalui ujian MRI (macam kepompong tue) hari ini untuk mengetahui sakit sebenarnya. Namun doctor masih lagi GAGAL mengenal pasti penyakitnya. Kata doctor, sakit yang dihadapinya ini banyak berkaitan dengan sakit saraf tulang belakang akibat virus dan antibody. Nak tahu lebih lanjut, anda semua boleh melawatnya.

Yang penting, saya sempat memberikan kata2 perangsang buatnya agar jangan terlalu memikirkan penyakitnya. Hal yang demikian boleh membuatkannya ‘mentally tortured’ dan memberikan kesan psikologi yang tidak baik.

Esok, faridzul akan menjalani pembedahan tulang sum-sum. Bukan bedah tulang tapi nak ‘trace’ penyakitnya melalui tulang belakang. Apa yang diharapkan agar Faridzul tenang sebaik2nya.

[Wajah adinda saya, Faridzul yang tenang dan tabah]

Marilah kita mendoakan agar Faridzul selamat dan sihat seperti sediakala. Semoga Faridzul menerima dengan tabah dan redha ujian yang menimpanya kerana Allah SAYANGKANnya.

3 comments:

Fahmi Mahat said...

mungkin orang2 hebat mmg ujiannya mcm tu ya?

teringat.. dulu ana pun pnah ke sana gak.

hmm...

later.

Anonymous said...

terkejut..wuwu
syafahulLah..

Hafiz Nabilah said...

To Fahmi & Lydecker86 - Farid perlukan sokongan dan bantuan moral. Jom sama2 kita doakan kebaikannya.