"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, June 26, 2008

Kuasa Ghairah di SMK Teknik Kajang | 21 Jun 08

[Bersama adik yang baru masuk Pusat Asasi]

[Adik2 lain yang nak join sekali bergambar]

Sebelum saya terus menekan papan kekunci saya, pertama, izinkan saya memohon jutaan kemaafan kepada En Amin Idris kerana tidak dapat memenuhi janji saya untuk bersama beliau bagi mengendalikan program RK Training & Management di Sg Congkak kerana pada waktu yang dijanjikan itu (21-22/6/08), kebetulan keluarga saya datang bagi menghantar adik saya yang perlu mendaftarkan diri di Pusat Asasi UIAM pada hari Ahad. Maka saya tidqak dapat menghadirkan diri ke sana. Maafkan saya En Amin Idrs. :)

Namun disebabkan saya sudah berjanji dengan kawan saya, Akhyar Mustapa bahwa saya akan membantu beliau untuk program di SMK Teknik Kajang yang berlangsung selama hanya dua jam, maka ayah saya mengizinkan agar ke sana tetapi dengan waktu yang terbatas kerana adik saya masih banyak lagi keperluan diri yang belum dibeli untuk ke CFFS IIUM.

Sekali lagi, saya berkongsi dengan para pelajar idea yang telah dibawakan oleh Tuan Haji Ahmad Fazli Yusof bahawa dalam mengejar matlamat kita perlu mempunyai Kuasa Ghairah. Para pelajar boleh meneruskan pembacaan dalam buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah. Tokot terkemuka, Almarhum Harun M.Hashim menyatakan bahawa jawatan yang banyak dipikulnya dapat dijalankan dengan baik kerana beliau Ghairah Bekerja.

Inilah yang saya nyatakan sebagai Kuasa Ghairah.
Kuasa Ghairah akan menolak kekurangan, kegagalan dan keletihan.

1.Kuasa Ghairah TOLAK Kekurangan
Ramai orang yang redha dan terus menerima kekurangan yang mereka hadapi. Secara tidak langsung, mereka cepat berputus asa. saya ingin mengajak anda semua melihat beberapa tokoh yang ghairah bekerja dan menolak kekurangan yang anda.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhairy bukanlah merupakan graduan dari IPTA apatah lagi bukan dari oversea. Beliau hanyalah mendapatkan pendidikan SPM dan mula berniaga seawal usia 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) . Namun beliau ghairah bekerja sehingga melupakan kekurangan beliau iaitu BUKAN lepasan ijazah dan kini telah mengumpul kekayaan sebanyak RM1,425 juta dan merupakan orang Ke 7 terkaya di Malaysia. Mengikut majalah Forbes beliau merupakan orang Ke 32 terkaya di Asia Tenggara. Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat.


2.Kuasa Ghairah TOLAK Kegagalan
Begitu juga situasinya bilamana kita berhadapan dengan kegagalan. Pepatah Melayu pernah menyatakan Gagal sekali BUKAN bermakna gagal selama2nya. Maka apabila kita ingin berjaya, kita perlu berhadapan dengan kegagalan. Sebagai contoh, Abraham Lincoln, kisah masa kecilnya sangat bermakna. Berjalan beberapa kilometer dari rumahnya untuk meminjam buku, laluan hidupnya penuh dengan kegagalan.Ketika berusia 21 tahun, beliau gagal sama sekali dalam perniagaan. Tewas dalam persaingan perundangan ketika berusia 22 tahun.Menghadapi kematian kekasih ketika berumur 26 tahun. Patah hati pada usia 27 tahun. Gagal mendapatkan tempat di Kongres ketika berusia 34 tahun.Tewas persaingan senator ketika berusia 45 tahun. Kalah lagi dalam pertandingan merebut jawatan senator ketika berusia 49 tahun.

Namun usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu akhirnya membuahkan hasil apabila beliau dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat ketika berusia 52 tahun.Ketokohannya menjadi ikutan seluruh rakyat negara itu.

Begitu juga, Walt Disney, seorang pelukis kartun muda, kecewa apabila editor akhbar sentiasa menolak lukisan kartunnya. Apa yang mereka kata? 'Awak tidak ada bakat!' Namun Disney mahu mencipta sejarah.

Suatu hari seorang paderi gereja mengupah beliau untuk melukis beberapa keping kartun.Tempat kerjanya hanyalah di sebuah bangsal di sebelah gereja itu yang banyak tikus. Itulah permulaan Mickey Mouse. Kini beliau telah menjadi terkenal dengan hasil karyanya.

3.Kuasa Ghairah TOLAK Keletihan
Malahan, apa yang menakjubkan, ramai tokoh yang cemerlang menolak segala penat lelah dan keletihan semata - mata ingin mencapai matlamat mereka. Mereka gagah dan melawan arus dengan ghairah bekerja. Mari kita lihat kisah Abu Zar Al Ghifari.

Abu Zar yang berasal dari keturunan Bani Ghifar, satu kabilah Arab yang terkenal kerana suka merompak. Namun beliau berjalan ke Mekah seorang diri untuk menerima Islam dan ingin berdakwah. Beliau pernah dipukul teruk sebaik sahaja mengisytiharkan diri memeluk Islam.Abu Zar sungguh tabah dan yakin apa yang dibuatnya merupakan sesuatu yang sangat mulia.

Justeru beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan kaum yang jahil, ganas dan kejam. Beliau mahu seluruh Bani Ghifar menjadi puak yang paling alim dan pendokong Islam. Abu Zar tidak pernah kecewa dan putus asa.Dakwah Abu Zar sangat hebat. Ketakwaan yang ada padanya begitu mantap.

Akhirnya seluruh Bani Ghifar menerima cahaya Islam, diikuti oleh Bani Aslam.Kesungguhan dan keikhlasan Abu Zar sebagai seorang pendakwah yang berjaya dan cemerlang telah dipuji oleh Rasulullah dan menjadi kebanggaan Bani Ghifar.

Semasa bertemu dengan Abu Zar, Rasulullah bersabda: "Bani Ghifar telah diampunkan Allah dan Bani Aslam telah mendapat kesejahteraan daripada Allah."Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya.

Jom kita teliti kisah Umar Mukhtar yang juga digelar ”Singa Cyrenaica.” Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka.

Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Inilah antara contoh yang menunjukkan bahawa walaupun usianya telah mencecah hingga ke 70-an tetapi beliau masih lagi ghairah untuk mencapai matlamatnya iaitu mencapai kemerdekaan dari Itali.

Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa anda semua para pelajar SMT Kajang mampu buat yang terbaik pada SPM tahun ini. Salam Kejayaan dan Ghairahkan diri anda dalam mengejar matlamat anda!!!


[Sesi meluahkan perasaan dalam kelas]

[Kalau tak nak tanya soalan, saya tanya anda]

[Peserta lelaki yang 'sporting']

[Jom kita lihat kenali potensi diri]

No comments: