"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Wednesday, May 21, 2008

sumber:Malaysiakini.com

Muhyiddin: Tindakan Dr M 'kritikal'

Naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu semalam sebagai "kritikal".

Muhyiddin juga berkata tindakan Dr Mahathir itu "pastinya akan membawa kesan kepada beberapa pihak, maka anggota Umno perlulah berhati-hati supaya perpaduan orang Melayu tidak akan terjejas", lapor Bernama dari New York.

"Kalau semua orang mengambil tindakan sebegitu maka tiada orang lagi dalam Umno. Siapa yang nak berjuang untuk orang Melayu?

"Bagaimana kepimpinan kita dalam Barisan Nasional dan kerajaan?" beliau dipetik sebagai berkata sebagai mengulas ura-ura anggota Umno cawangan di Johor bakal mengikut jejak Dr Mahathir.

Melahirkan perasaan terkejutnya dengan keputusan bekas presiden Umno itu, Muhyiddin menasihati anggota Umno supaya tidak tergopoh-gapah membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara.

Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.

Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kepada pemberita selepas seminar Peluang Perniagaan Malaysia-Amerika Syarikat di negara itu semalam.

Beliau juga dilaporkan berkata, penting bagi anggota Umno menjaga keselamatan parti dan kedudukan orang Melayu kerana "parti komponen BN akan hilang keyakinan jika Umno terus bergolak."

"Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

"Kalau mereka tidak puas hati ada caranya seperti proses pemilihan parti. Di situ ahli parti boleh memberikan cadangan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut di dalam Umno," katanya seperti dilaporkan.

No comments: