Selang beberapa hari selepas menerima kunjungan dari Permadah UM, saya kemudiannya di panggil utk menghadiri Malam Darul Aman anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) UKM. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Tan Sri Abd Hamid Othman. Namun apa yang menyedihkan ialah saya tidak sempat untuk mendengar keseluruhan amanatnya kerana kereta yang dipandu oleh saya telah 'tersepit' dengan kesesakan lalulintas yang menyebabkan jem teruk.
Walaubagaimanapun, saya sempat juga utk menghadiri program tersebut tetapi sekadar mendengar suku amanatnya. Apa yang penting ialah ikatan dan keterbukaan Tan Sri Abd Hamid Othman utk menghadiri program bersama mahasiswa. Saya melihat kebanyakkan pemimpin perlu dan harus mendampingi mahasiswa kerana mereka merupakan pemimpin muda yang bakal mewarnai negara.

(Bersama Taufiq yang tak sabar nak jamu selera)
(Fauzul Fitri-Wakil UPM yang merupakan mantan Presiden Anak Kedah UPM)
(Bersama dengan perwakilan UM, UKM dan UIA)
(Wakil UIA keseluruhan yang hadir)
Secara tuntasnya, mahasiswa juga perlu melaksanakan dasar keterbukaan tanpa dipengaruhi dengan warna politik agar mereka lebih mudah bergaul dengan pemimpin negara. Satu harapan dan matlamat perlu digarap utk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment