Pada beberapa minggu yang lepas, setelah mendapat maklumat yang pihak ASTRO menghantar jemputan ke LAWSOC UIA untuk memohon seramai hampir 40 orang supaya dapat menjadi peserta dalam satu program bincang - bincang, maka saya pun tidak melepaskan peluang. Apatah lagi rakaman program tersebut berlangsung pada hari SABTU yang kebetulan ada latihan KAWAD POLIS yang perlu saya hadiri setiap minggu, maka peluang ini direbut sebaik2nya. Rancangan tersebut ialah PERSPEKTIF KITA yang ditayangkan melalui ASTRO AWANI Channel 123.
Tajuk perbincangan dalam rancangan itu ialah, Generasi Muda masa hadapan diasuh dengan berlainan budaya. At the first instance, benda pertama masuk dalam kepala ialah tentang isu mahasiswa, maka saya dan zukhairi pun well prepared tajuk nie dan tunggu nak muntah2. Sampai jer dalam studio, baru kami dapat maklumat yang tajuknya lebih tertumpu kepada orang gaji (pembantu rumah) yang mengasuh anak2 kecik yang dianggap generasi masa hadapan. budaya lain plak ingatkan budaya kunig ka budaya barat ka.Rupa2nya budaya Indonesia yang semestinya bukan budaya malaysia. Allah! Time tu saya tepuk kepala, 'frust' menonggeng. Tajuk yang 'target' tak masuk. Maka saya pun dalam beberapa minit 'brain storm' bersama Zukhairi dan alhamdullilah kami sempat bertanya dan dah masuk TV pun (ASTRO AWANI- Sabtu-9 Ferbuari 08-9.00pm)
Apa pun kalau dulu, tempat luahan kami atau platform utk 'exercise our rights as to freedom of speech' maka tidak lain dan tidak bukan hanyalah melalui medium forum-forum tapi kini kami beralih angin masuk melalui kaca tv. Semoga Allah masih tsabat menetapkan jiwa2 kami dalam perjuangannya.
Kenangan Rakaman di Astro walaupun pada hari kejadian (tayangan Astro) tiada di depan TV sebab nak balik UIA.Huhuhu..
(ASTRO AWANI-CHAN 123-Perspektif Kita-Setiap Sabtu-9.00pm-9 Februari 08)
Pada Sahabat2 yang punya ASTRO, jgn lupa tengok rancangn ini sebab ia berbentuk ilmiah dan semua orang bebas memberikan pandangan.
[Bersama Host 'Perspektif Kita'-Suhaimi Sulaiman]
[Depan pondok pengawal pun kami balun]
No comments:
Post a Comment