"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, February 15, 2008

Family Gathering : Cameron Highland

[Subhanallah!!Kembang Bunga2 atas keizinanMu jua]
[Bersama adik bongsu-sekarang belajar di Sek Agama]

Pada 7 Februari 2008 (sempena Cuti Raya Cina) Keluarga Abu Bakar Shafie telah berjaya mengadakan family day bertempat di Lot Rumah Peranginan Rasmi Kerajaan Persekutuan selama dua hari. Family Day diadakan dalam suasana sederhana tapi penuh dengan kemeriahan.

Pengisian yang diutamakan ialah konsep ukhwah. Antaranya, solat berjemaah, tazkirah subuh, bacaan yasin dan tahlil, Games, Sight Seeing, Barbeque & Steamboat serta byk lagi. Nak karang tak cukup 'page' plak. Boleh dikatakan hampir 90%, 'we achieved the target'. Yang paling meriah sekali sudah pasti keluarga saya. Memandangkan saya cucu yang paling 'tua'.Opps, 'restructure again'..Memandangkan saya cucu yang paling berusia, maka banyak hal keadaan sepupu dan adik2 menurut jer kehendak saya (dalam hati-padan muka hampa). Maka kebetulan gak 'family' kami nie umur nak sebaya maka citarasa kami lebih kepada kebeliaan. Sebab tu kalau posing jer, dah macam iklan dan model sambilan plak.

[Bersama adik ketiga-nak kena byk tarbiyah lagi nie :) ]
[posing x rasmi kami 6 beradik]
[berlatarbelakangkan Guard Post Rumah Peranginan Rasmi Kerajaan Persekutuan]

Apapun penantian kami tetap kepada maksu saya yang berada di Jepun. Menunggu ketibaannya menjadi igauan kami sebab nie kali ketiga kami buat family gathering dan mereka hanya dapat turun sekali sahaja. Semoga ukhwah terlestari dan kasih terpatri. Terima Kasih Pakteh di atas booking Rumah Peranginan Rasmi Kerajaan Persekutuan. Rumah Agam nie macam dalam filem The Haunted Mansion. Besar bukan kepalang, kaya bukan mainan, Sejarah menjadi tarikan. Saya dimaklumkan sebelum Raja Perlis meletak jawatan dari YDPA, baginda bersemayam di rumah itu dan kini penginap seterusnya bakal menyusul tiba ialah YDPA baru yang dijadualkan akan berada rumah itu tidak lama lagi.

'Cameron Highland Memang Best'


[Allahu Akbar!! Jadikan Aku Hamba Yang Bersyukur- Suasana Ruang Tamu Yang Elegan dan Mewah]

[Sekiranya kamu mengira Nikmat Allah, tak ternilai bayaknya]

[Tautkan hati kami Hanya padaMu-Di Cactus Valley]

[Bersama adik kedua-Ala2 boyafrenz dan gilafrenz]

No comments: