"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, January 12, 2008

Pusat Latihan Polis (PULAPOL) merupakan antara tempat bersejarah kepada mereka yang pernah mengikuti latihan di sana. Tempat latihan itu dibahagikan kepada beberapa peringkat bagi mereka yang mengikuti latihannya berdasarkan kepada 'rank' atau jawatan masing - masing. Sebagai contoh utk anggota polis 'regular' mereka perlu mengikuti latihan selama 9 bulan dan bagi anggota kenaikan pangkat mereka perlu mengikuti 6 bulan. [Kiri-Bersama Pegawai Polis UTK]

Pada 12 Januari 2008 ini, sekali lagi saya telah melangkah kaki ke PULAPOL bagi mengikuti sesi tamat latihan dan tauliah kenaikan pangkat Inspektor yang diadakan penuh gilang gemilang. Program itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIGP Dato' Ismail Hj Omar. Bagi yang meminati kawad, program tamat latihan adalah suatu program yang menarik apabila kita melihat dengan dekat bagaimana sesi kawad perlahan jalan, kawad kaki, dan kawalan kehormatan. Mereka yang menyertainya melakukan kawad secara terbaik kerana ia seumpama majlis konvokesyen yang meraikan mereka hari graduasi mereka dari 'University of Pulapol.' Ia sungguh mengasyikkan.

Apa yang boleh dikongsikan ialah apabila saya sempat berbual mesra bersama seorang pegawai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang juga dikenali sebagai SWAT dalam bahasa Inggeris. Beliau telah berada di dalam perkhidmatan awam selama 5 tahun sebagai polis regular, 5 tahun sebagai anggota komando dan seterusnya hingga kini sebagai anggota yang baru dinaikkan pangkat sebagai pegawai UTK. Beliau memulakan karier sebagai anggota polis sejak 1979. Perkara yang menarik ialah berdasarkan kepada pengalaman beliau sepanjang penglibatannya dalam PDRM.

Adakah latihan ini termasuk dalam urusan dharurah,maslahah dan segala hujah berkaitan ilmu Usul Fiqh?

UTK tegasnya mempunyai kemahiran serangan dan strategi dalam bandar dan laut. Ini amat berbeza dengan Komando 69 yang mempunyai kemahiran taktikal dalam bandar, luar bandar serta di laut. Apa yang menarik apabila beliau menceritakan kehebatan dan ketepatan Unit UTK dalam latihan menembak. Mereka melalui latihan ketepatan menembak dalam jarak 1000 meter dengan menggunakan senjata ala2 'sharp shooter.' Beliau juga ada menegaskan yang terdapat juga latihan dalam jarak 300 meter utk menembak sekeping duit 50 sen yang dipegang oleh anggota dalam latihan menembak tepat. Pendek kata, polis Malaysia kini sudah berada diambang kejayaan dan kehebatan yang mutlak. Alhamdullilah. Maka keamanan dan gangguan dari musuh luar akan berjaya dihadapi bersama dengan kekuatan yang tuhan kurniakan kepada anggota keselamatan kita. Kita mendoakan umur anggota2 ini diberkati dan dimurahkan rezeki atas pengorbanan mereka.

Namun yang menjadi persoalan ialah berkaitan latihan yang dilalui oleh anggota UTK. Beberapa ketika, saya sempat berbual dengan seorang pegawai polis yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai PGA (polis hutan) dan katanya antara latihan yang dilalui utk menjadi anggota UTK ialah apabila mereka disumbat di dalam sebuah van yang memuatkan seramai mungkin yang melebihi had maksimum kapasiti van tersebut. Tambahan lagi mengikut riwayat lain ada yang mengatakan mereka terpaksa berada tanpa pakaian kecuali seluar dalam dan riwayat lain juga ada berpandangan terpaksa bermalam selama seminggu dalam van itu. Kalaulah benar, adanya latihan sedemikian, bukankah tindakan ini telah melanggar garis panduan syarak yang tidak membenarkan solat dan menutup aurat? Memang benar ada mengatakan ia sebagai satu latihan utk berhadapan 'mentally and physically tortured', tapi adakah ini latihan yang pernah nabi laungkan dan amalkan ketika tentera Islam menghadapi musuh Islam? Adakah latihan ini termasuk dalam urusan dharurah, maslahah dan segala hujah berkaitan ilmu Usul Fiqh?

Jawapannya berada ditangan kalian. Saya sekadar melontarkan persoalan dan menantikan respon dan balas pembaca budiman.

1 comment:

Anonymous said...

Salam...

Polis malaysia memang suka bangga diri,cakap diri baguihla..power tu power ni,hebat itu dan ini..Yang depa dok kalut pasal pembngkang...
Tak salah papa pun depa pi tangkap,yg penjenayah kecil kecilan sampai hat besaq dia tak gaduh nak tangkap..Teruk betui.
Tapi bukan semuala...tapi kebanyakkannya macamtu.Macam kata entala...kalu macam tu cara depa training memangla depa hebat dari segi taktikal dan teknikal..tapi pengabdian pada Tuhan macam mana?sebab tu kebanyakkan polis hancuq...training dia pun tak betui dah.
Nasib baik ada gak polis yg baik..enta patut jadi polis sheikh..pastu buat pembersihan dri dalam.
So sebagai solutionnya,ana rasa enta patut cakap sendiri kat pegawai UTK tu,atau mana2 saja pegawai tinggi yg enta jumpa...mungkin enta tak memberi kesan dalam PDRM,tapi at least bagi kesan kat hati pegawai tu..depa ni slagi tak ketuk,slagi tu tak sedaq..cakap direct ni bukan sifat enta,ana tau...baguihla jugak tap kekadg sikap 2 boleh makan diri.Tapi hang memang cakap terus terang ngn aku dah lani..PApahal pun,Kami ni boleh bagi komen ngan pendapat jela..Tindakan terletak di tgn enta jugak...Wallahua'lam.