"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, December 13, 2007

Wang Hantaran Tinggi;Wajarkah??

Sejak musim cuti sekolah, rumah - rumah di taman, kampung, banglo dan sebagainya yang mempunyai mempelai tak kira dara mahupun teruna sangat sibuk bersiap utk adakan kenduri raja sehari buat mereka yang sudah 'sampai seru'. Isu yang akan diketengahkan kali ini ialah adakah relevan mas kahwin dikenakan kepada pengantin lelaki dengan nilaian yang terlalu tinggi?

Baru-baru ini ketika cuti semester yang lalu, saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang pemuda yang umurnya hanya setahun tua dari saya namun sangat hebat dalam urusan perniagaan (business). Perniagaan yang beliau ceburi ialah konsultan yang menguruskan kursus perkahwinan. Bayangkan dalam masa sehari kursus perkahwinan, beliau pernah menghasilkan jumlah keuntungan RM 20,000. Begitulah kehebatan otak yang Allah kurniakan padanya ketika di usia muda. Kini beliau sudah mempunyai rumah dan kenderaan sendiri tetapi masih lagi menanti waktu utk digunakan 'talian hayat' yang pertama (berkahwin) tapi belum mempunyai sebarang ilham berkaitan tarikhnya. Perbincangan kami bukan sekadar berkisar kejayaan beliau yang boleh dikatakan sebagai usahawan tetapi pandangan beliau tentang isu mas kahwin.

Di Kedah, mengikut banciannya mas kahwin bagi wanita yang berkelulusan universiti kini mencecah RM 12,000. Astaghfirullah, hebatnya wanita di Kedah sampai begitu tinggi lagi maharnya. Betulkah mereka HEBAT??Saya juga pernah mendengar pandangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah ketika saya menuntut di bumi KUSZA, Terengganu (kini dikenali sebagai UDM) di dalam kelas kenegaraan bertempat di Dewan Kulliyah Utama (DKU) pada tahun 2002. Beliau menyebut hantaran perkahwinan paling mahal di Malaysia ialah dari negeri Kedah. Kepada mereka yang ingin memetk bunga di taman larangan jelapang padi sila fikir dua kali. Ini adalah antara kenyataan yang dibuat.

Selain itu, isu ini sentiasa berlaku walaupun telah beberapa kali ditegur oleh mufti, agamawan dan sebagainya. Tetapi ia tetap berterusan tanpa mengetahui puncanya. Apa yang menyedihkan pihak lelaki akan terus menjadi mangsa keadaan selama2nya sekiranya ibu bapa khususnya masih lagi gagal memahami isu sebenar mas kahwin. Sebagai menyokong pandangan ini, saya kepilkan bersama komen Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang menyatakan pandangannya tentang isu mahar yang tinggi. Beliau berkata dari sudut agama memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka berkemampuan, namun perkara itu akan dinilai sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk oleh masyarakat.Beliau berkata, bakal pengantin tidak sewajarnya menjadikan matlamat perkahwinan berasaskan hantaran tinggi sebaliknya perlu mengutamakan kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga pada masa depan.Katanya, beliau juga khuatir jika perkara itu terus menjadi ikutan, matlamat perkahwinan mungkin disalah erti terutama bagi generasi muda.

Manakala Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, berkata trend mas kahwin dan hantaran mewah boleh dilakukan jika mampu, tetapi tidak perlu dihebahkan kerana dibimbangi boleh menimbulkan pelbagai impak negatif dalam masyarakat. Katanya dengan perkembangan trend itu sekarang, kita khuatir wanita muda hanya akan mengejar lelaki berusia yang berstatus tinggi dan banyak wang sekali gus meningkatkan kuantiti lelaki yang tidak berkahwin. Ia juga boleh menimbulkan prasangka, hasad dengki dan iri hati di kalangan masyarakat. Memandangkan kita hidup bermasyarakat, kita perlu mengambil kira sensitiviti golongan kurang berkemampuan dan miskin.

Antara 'ground' (hujjah) yang diketangahkan mengapa mahar tinggi:
1. Dah itu harga pasaran sekarang (jual anak ke?)
2. Kalau dia tak mampu bagi tinggi, macam mana dia nak tanggung hidup anak kita?
3. Hanya orang yang sanggup bayar sahaja akan di terima lamarannya.
4. Malu pada keluarga dan jiran kalau 'letak harga' terlalu rendah.
5. Anak kita anak dara, barang baru, bukan barang second hand tau.

Kesan apabila harga Mahar tinggi:
a. Kita pakat himpun bersama-sama sampai cukup (joint account).
b. Kita pinjam lah merata pastu sesama ler bayar bila dah nikah nanti.
c. Kita kawin lari jer lah.
d. Tak payah kawin, kita tinggal sama sampai TER ....

Apakah akibat meletakkan 'harga tinggi' ini?
a) Lambatkan perkahwinan sedang umur gadis semakin lanjut.
b) Menutup peluang gadis untuk di lamar oleh orang yang dia cintai.
c) Menyebabkan kemungkinan berlakunya perzinaan.
d) Menyebabkan anak menanggung hutang yang tinggi.
e) Mendahulukan 'malu' pada masyarakat dari hukum 'wajib' menikahkan.

Oleh yang demikian, kita sepatutnya kembali kepada sunnah rasulullah. Nabi pernah bersabda, "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Saya juga melihat ada yang berpandangan mengapa tidak sahaja mahar yang tinggi itu diberikan kepada isteri. Ini merupakan isu kedua dalam bab mahar yang tinggi. Persoalan ini perlu dirungkai dengan penuh ketelitian. Ada juga yang bertanya mengapa wang hantaran yang tinggi dan bukan mahar yang tinggi. Pada pandangan peribadi saya, di dalam enekmen syariah negeri masing -masing memperuntukan bahawa bayaran mahar ialah antara RM 20 - RM60. Ini bagi saya bahawa kehendak pembuat akta (draftmen) ketika itu, ialah ingin mengikut sunnah nabi yang meletakkan mahar yang rendah dan sunat hukumnya. Maka itulah sebab mengapa mahar dan hantaran diasingkan. Namun persoalan ini perlu dikupas oleh rakan2 pembaca sekalian. Apa pandangan dan komen anda?

Secara kesimpulannya, ketika idea untuk menulis entri ini pernah dihalang oleh rakan saya dengan berkata bahawa isu ini isu remeh dan tidak perlu diketengahkan. Dia juga ada berkata yang apabila saya menulis entri ini, ia seakan melambangkan kejatuhan nilai pemikiran kritis dan analitikal yang pernah ditulis oleh saya sendiri dalam weblog ini. Saya menyambut baik tegurannya namun hati tetap berkeras utk menulis kerana ini merupakan pandangan peribadi yang perlu dilontarkan oleh diri ini.

4 comments:

siapa_zuhairi said...

Salam. Sedikit respon untuk entry kali ni. Isu remeh atau tidak bukan persoalannya. Apapun bagi saya, ini suatu perkara yang perlu dinilai dan difikirkan,sekalipun ada yang memandang isu ini tidak cukup kritis dan analitikal, yang pasti ada kepentingannya..

Saya merujuk buku Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat Jilid 1, susunan Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki, ms 42-43, hadis ke-23; Pernikahan Ali Dengan Fatimah. Sebahagian potongan hadis menyebut, maksudnya : " Dari Ali B Abi Talib r.a beliau berkata, aku ingin meminang puteri Rasulullah saw, kemudian aku ingat bahawasanya aku tidak mempunyai sesuatu. Ketika aku ingat kesediaan dan kelebihan Nabi saw (kebaikan Baginda), lalu aku meminang puterinya, maka baginda bertanya kepadaku: " Apakah engkau punya sesuatu untuk diberikan kepadanya sebagai mahar?" Aku menjawab, "Tidak", kemudian baginda bertanya lagi, "Di manakah baju besimu yang tahan dengan api yang saya berikan kepadamu pada hari(sekian-sekian)". Aku menjawab, " Ia ada denganku,". Baginda berkata, " Ambil dia". Ali berkata, " Maka aku membawanya dan memberikan kepada baginda, dan baginda menikahkan aku dengan puterinya" (Riwayat Ahmad, Abu Daud Humaidi)

Terbukti, sunnah Rasulullah saw menggariskan kemudahan dalam hal mahar dan pernikahan. Sedangkan Rasulullah saw,kekasih paling mulia di sisi Allah berlapang dada dengan mahar sekadar baju besi, inikan kita yang jauh lebih rendah martabat berbanding baginda Rasul saw mahu berlebih-lebih dalam hal ini. Mas kahwin atau hantaran mewah bukan ukuran, yang pasti mahar yang menjadi syarat asas dalam urusan pernikahan yang perlu dipenuhi kerana segalanya bergantung kepada niat dan keperluan kita melangsungkan perkahwinan tersebut.

Janganlah pernikahan ditangguhkan hanya kerana masalah yang ditimbulkan oleh masyarakat kita sendiri, sehingga membawa kepada mudharat yang lebih besar. Seperti yang disebut oleh penulis, masih ramai ibu bapa yang tidak memahami tuntutan sebenar mas kahwin, maka kita yang memahami, bertanggungjawab memberikan penjelasan sewajarnya.

Akhir kalam, saya tinggalkan secebis pesanan Rasulullah saw, diriwayatkan daripada Ali B. Abi Talib r.a; Nabi saw bersabda kepadanya. " Wahai Ali, janganlah engkau tunda 3 perkara iaitu solat apabila tiba waktunya, solat jenazah apabila mayat dihadirkan dan menikahkan anak gadis apabila dia mendapat pasangan yang sesuai".(Riwayat Ahmad, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sedikit untuk penulis hafizbad.cjb.net, sekalipun ada yang berpendapat isu ini agak remeh, saya pasti ini satu perkongsian dan cetusan perbincangan yang ada pengisiannya. Cuma, 1,2 entry kebelakangan ni berkisar kepada isu yang agak sama, kenapa ya..Mm..
Semoga kita mendapat manfaat bersama. Good Job, Keep On Blogging. Salam.
~ ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH ~

mujahidah said...

assalamu'alaikum,

jgn ambil peduli t'hadap pndgn org yg mengatakan penulisan/p'bincangan ini, merendahkan keintelektualan ataupun tidak. kerana apa2 p'bincangan tentu ada hikmah yg t'sembunyi,

sedikit pandgn tntg p'soalan wajar ataupun tidak wang hantaran tinggi, maka jawabnya, sememangnya tidak wajar kerana telah banyak bukti fenomena ini akan menyusahkan pihak lelaki, dan seterusnya merumitkan proses m'dirikan masjid.

Tp, lainlah kalu pihak lelaki itu sendiri yg nak m'hadiahkan'nya pd pihak perempuan.

setahu saya,kebiasaannya untuk melangsungkan majlis perkahwinan di zaman ini, sekurang2nya RM 6000 perlu ada.

kebiasaannya, wang hantaran ini (bukan wang mahar/maskahwin), yg besenya beribu2 jumlahnya itu, adalah untuk memudahkan pihak wanita untuk membuat majlis keraian p'kahwinan yg besenya dipanngil "wang belanja"=diberi sebelum langsungnya majlis..Tentunya ia akan sedikit sebanyak meringankan beban pihak keluarga perempuan untuk membuat majlis semasa pernikahan tersebut.

ikut juga keadaan di satu2 tmpt, ada kalanya tidak..

maka persoalan wang hantaran tinggi ini, sepatutnya tidak wajar.Tetapi terpulang kepada kemampuan masing2...

mirako_sensei said...

salam...im just an amatuer blog reader n jus been introduced wif ur blog by my friend..erm saje nk komen sket psl issu hantaran kawin nie..sebenarnya kalau ikut senario kt malaysia n certain2 tmpt agak menakutkn for guys laa especially,slalunyer klu yg xstabil lg amount rm8000 agak sukar utk dicari,apatahlg stu,freshly graduated...fresh from d oven katekn...masalahnya dh jd norm wang hantaran ditetapkn mengikut peredaran mase,kalau x ader pulak makcik kt blakng umah mengata,y dok ujung kg berkate2,pak mat kedai kopi pn tmpng mengata...2la kdg2 agk ralat nk letakkn harga yg low..tp kdng2 anak pompuanny xkisah tp bapakny y demand lebey2...but for me,buat pe mahal2 nnt blkg hari suami sdr jgk yg merana,kena byr loan kawin lg,keta etc..buat sumthing ukur kt badan sdr,benda baik y boleh elakn maksiat n dosa cmni spttny d senang2 kn bkn mencomplicate lg keadaan,nnt xpsl2 dpt dosa kering sbb menghalang walimatul urus, wallahu 'aklm...alhamdulillah ana puny family xkisah bab2 duit nie,asalkn bahagia....

fadziani said...

salam..persoalan berkaitan mahar n hantaran bukan satu y remeh memandangkan sekarang ni masyarakat silap dalam memahami konsep sebenar hantaran n mahar.oleh itu satu perbincangan yang menyeluruh berkaitan mahar n hantaran perlu dibuat.Apabila pertama sekali saya baca artikel ini, saye terkeliru ape yang saudara nak begitaw sbnrnya pasal hantaran yang tinggi atau pun mahar yang tinggi???? dan satu lagi dalam undang-undang tak ditetapkan nilai mahar yang perlu diberi kepada perempuan sebagaimana dalam seksyen 21(2)(a) yang mengatakan pendaftar hendaklah, mengenai tiap2 perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentukan dan merekodkan:(a)nilai dan butir2 lain2 mas kahwin. Disini menunjukkan bahawa nilai mas kahwin tidak ditetapkan dalam undang-undang keluarga islam.sila rujuk enakmen keluarga islam negeri selangor.

Mahar merupakan pemberian wajib yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri tujuan mahar pula adalah untuk mengangkat martabat wanita dan juga untuk memberi penghargaan kepada wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini wang hantaran lebih tinggi daripada mahar..satu pengamalan yang salah dan perlu diperbetulkan. Cuba saudara renungkan,contohnya di johor mahar yang dicadangkan lebih kurang RM 20. Apa yang perempuan boleh buat dengan RM 20,makan pun tak lepas.sepatutnya mahar yang diterima oleh pihak perempuan boleh memberi sumbangan kepada soaial ekonomi wanita tersebut. kerana kita tak taw apa nasib wanita tersebut pada masa akan datang.

Satu lagi yang perlu diperbetulkan disini adalah yang mengatakan sebaik-baik mahar adalah yang paling murah harganya..bukan murah tapi mudah.maksudnya apa yang mudah bagi suami..contohnya kalau suami ada lembu bagi jelah lembu..

Dan bagi wanita2 diluar sana ketahuilah hak anda, mahar adalah hak mutlak anda dan dengan maharlah martabat anda diangkat dan adakah martabat anda hanya boleh diangkat hanya dengan RM 20 berbanding dengan hantaran yang beribu-ribu sedangkan itu bukan hak anda tetapi merupakan merupakan pemberian pihak lelaki kepada ibu bapa anda untuk perbelanjaan perkahwinan.Renung-renungkanlah.....