"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Saturday, December 8, 2007

Gila - Gila Remaja !!!



[wasiat khas buat keluarganya]


[Wasiat yang ditulis olehnya]

Sejak kebelakangan nie banyak cerita berkaitan dengan remaja bermasalah. Tidak kira di mana kita berada serata dunia semuanya situasi yang sama cuma metod dan gaya berlainan. Antara yang menarik dan boleh menjadi satu ikhtibar ialah kisah yang berlaku di Amerika baru - baru ini. Kisah yang begitu menyedihkan. Seorang remaja yang dikenali sebagai Robert Hawkins, berusia 19 tahun telah melakukan tembakan rambang di sebuah pusat membeli belah. Segalanya bermula pada 5 Disember 2007 apabila dia telah membunuh 8 orang dan kemudian membunuh diri di Von Maur Department Store bertempat di Westroads Mall, Omaha, Nebraska. Gambar beliau telah dirakam oleh satu CCTV dan diedarkan oleh Reuters pada 7 Disember 2007.


[Hawkins yang menembak rambang ala2 Counter Strikes menggunakan AK-47]

Bayangkan sekiranya peristiwa seperti itu berlaku di negara kita. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Mengikut berita yang disiarkan oleh AFP dan Reuters, beliau merupakan seorang remaja yang bermasalah dan telah duduk di sebuah pusat pemulihan akhlak beberapa tahun. Kemudian dia bekerja di Mcdonald dan telah berkenalan dengan seorang gadis. Namun kariernya terpaksa berakhir apabila dia dihentikan dari terus bertugas. Bahkan, dalam masa yang sama, dia juga turut kecewa apabila gadis yang dicintainya itu telah memutuskan hubungannya. Akibatnya beliau mula berjinak - jinakuntuk mengedar dadah, membawa senjata ke hulu dan ke hilir.

Hal yang sama pernah berlaku di Malaysia namun dalam bentuk berbeza apabila seorang pelajar India yang gagal dalam UPSR membunuh diri. Maka, sekali lagi persoalan yang sama akan ebrmain di fikiran kita. Adakah media massa harus disalahkan? Atau benarkah ibu bapa yang gagal mendidik anak2 kerana terlampau sibuk dengan hal keduniaan?Kemungkinan juga sistem pendidikan sedia ada yang gagal menterjemahkan falsafah pendidikan negara. Malahan faktor yang sama juga kemungkinan besar berlaku kerana undang - undang yang ada tidak berupaya mengawal manusia melainkan dengan Undang -Undang Rabbani i.e. Hudud dan Qisas.

3 comments:

Anonymous said...

Hello, I read your blogs regularly. Your writing style
is witty, keep up the good work!

My website :: pirater un compte Facebook

Anonymous said...

If you want to take a good deal from this piece of writing then you have to apply these
methods to your won weblog.

Feel free to visit my website - http://www.dailymotion.com/video/x103zvx_microsoft-office-gratuit-avec-la-preuve

Anonymous said...

Hello, just wanted to mention, I liked this article.
It was practical. Keep on posting!

Also visit my web site: Dragon City Hack