"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Monday, September 24, 2007

Tazkirah Subuh:Tuntutan Solat Berjemaah dan Berselawat

Oleh Hafizbad
Tazkirah Subuh Ramadhan di Surau An Nur 16 September 2007

Alhamdullilah sekalian pujian ke atas Allah kerana dengan rahmat dan inayahnya kita dapat menunaikan solat subuh secara berjamaah di pagi yang berbahagia ini. Bahkan kita juga bersyukur kerana sempat bertadaruss sebentar tadi dalam Surah Al Jumuaah.

Muslimin dan Muslimat,

Bila kita menyebut berkaitan solat ramai orang mengetahui kelebihan dalam solat berjemaah. Namun tidak ramai yang mempraktikkannya. Hadith shahih menyebut, solat berjemaah lebih afdal dari solat sendirian dengan kelebihan 27 kali ganda pahala berbanding solat nafsi (sendirian).

Namun dalam kita bersolat maka kita akan dapati antara kelebihannya ialah melalui solat wujudnya keperluan berpolitik. Lihatlah Imam yang dihadapan perlu diikuti oleh makmum. Ini menunjukkan konsep kepimpinan politik iaitu perlu ada ketua dalam sesuatu ketika. Selain itu, bacaan ketika solat dalam surah Al Fatihah, banyak disebut menggunakan lafaz kami sebagai contoh ayat ke-4 Al Fatihah, “Kepada kamu kami sembah dan kepada kamu kami memerlukan pertolongan.” Jelas sekali bahawa dakwaan yang menyebut politik tidak terdapat dalam Islam adalah silap dan berlawanan fakta.

Muslimin dan Muslimat,

4 Jenis Solat tapi Satu Sahaja Diterima ALLAH
Dalam solat berjemaah juga kita perlu mengikut Imam tanpa ragu –ragu. Kita juga diberikan hak untuk menegur Imam sekiranya beliau salah. Ulama telah menggariskan bahawa terpadat 4 jenis solat dan hanya satu diterima. Jenis yang pertama ialah mukhalafah iaitu bersalahan dengan perbuatan Imam. Kalau Imam ruku’ dia sudah sujud. Kedua, musabaqah iaitu lambat. Bilamana Imam sudah sujud’ beliau masih lagi ruku’. Perbuatan ini seringkali berlaku dalam masyarkat kita bila Imam dah tahiyat kita masih lagi sujud lama. Nasihat saya kalau nak sujud lama, solat sendiri. Kita ada Imam, perlu ikut dia dan solat seperti tadi mengurangkan pahala solat.
Ketiga ialah musawamah iaitu bersamaan dengan solat Imam. Ini bermaksud makmun itu bertindak serentak dengan tindakan Imam. Solat sebegini juga tidak diterima kata sebahagian Ulama. Ini kerana disebut di dalam sebuah Hadith yang mafhumnya, mereka yang tidak menjaga ruku & sujud (bangun awal dari imam) maka allah bangkitkan kiamat nanti mukanya ditukar kepada wajah himar (keldai) dan juga kepalanya ditukar kepala Himar (keldai) bahkan lebih teruk lagi seluruh anggota badan bertukar menjadi himar. Keempat, solat yang diterima ialah solat yang mutabaah (mengikut Imam). Kita perlu mengikut Imam ketika di dalam solat kerana ia dituntut oelh Syarak’. Oleh itu, saya menyeru kepada jemaah sekalin mari kita semak kembali solat kita dan mudah – mudahan tergolongan dalam solat yang mutabaah iaitu solat yang maqbulah (diterima) Allah.

Muslimin dan Muslimat,
Di dalam solat secara jamaie atau solat fardi, kita telah dididik dengan rukun Solat yang mempunyai 13 rukun. Apa yang ingin saya mengajak jemaah sekalian ialah dengan merenung sejenak salah satu rukun itu iaitu berselawat ke atas nabi. Dalam selawat kita akan dapati beberapa nama atau panggilan yang didoakan agar diberkati iaitu selawat nabi Muhammad, ahli keluarganya, para sahabat dan tabi’ tabiin.

Laksanakan 5 Perkara Apabila Menghadap ke Barat
Nabi Muhammad adalah rasul junjungan kita. Baginda merupakan nabi yang terakhir dan dimuliakan dengan sebuah kitab yang terakhir dan akan terus kekal sehingga Akhirat iaitu Al Quran. Kitab ini diturunkan dalam bulan yang mulia ini. Apa yang ingin saya katakan ialah nabi kita boleh dibahagikan kepada dua jenis; pertama, nabi yang rasul dan kedua nabi bukan rasul. Abu Laith As Samarqandi (Ulama feqah yang terkenal) pernah menyatakan bahawa beliau pernah mendengar sebuah kisah dari bapanya yang menyatakan bahawa pada waktu dahulu ada seorang nabi (bukan rasul). Beliau telah diperintahkan oleh Allah supaya apabila bangun dari tidur agar terus berjalan menghadap barat dan lakukan 5 perkara. Pertama apabila kamu temui maka kamu makanlah ia, kedua apabila kamu jumpai maka sembunyikanlah ia, ketiga jagalah ia, keempat jgn putuskan harapannya dan kelima maka tinggalkanlah ia.

Keesokkan harinya beliau pun berjalan dan tiba2 bertemu dengan sebuah bukit hitam yang besar. Lalu beliau pun kehairanan kerana mesej yang bliau dapati semalam perlu dimakan maka agak mustahil jika memakan bukit. Maka beliau pun berjalan kearah bukit sehinggalah bukit itu mengecil seperti roti dan beliau makannya. Kemudian beliau berjalan sehingga bertemu dengan seketul emas dan teringat agar sembunyakan ia. Maka beliau pun mengorek tanah lalu menanam emas tadi tetapi setelah selesai emas tadi tetap timbul juga. Maka beliau pun berdoa dengan menyatakan bahawa beliau telah mencuba sehabis baik tetapi tidak terdaya juga. Maka ditinggalkanya emas itu.

Lantaran itu beliau meneruskan perjalanan sehingga tiba2 datang seekor burung lalu berkata yang ia dikejar oleh seekor burung helang. Maka nabi tadi pun menyembunyikannya kerana teringat kepada pesanan iaitu bantulah ia. Kemudian datang helang lalu merintih kepadanya bahawa burung kecil tadi adalah makanannya dan nabi tadi pun teringat satu pesanan iaitu jgn putuskan harapannya. Maka beliau pun mengambil sebilah pisau dan memotong sedikit daging dari pahanya dan diberikan kepada helang tadi. Maka perjalanan terakhir beliau berdepan sebuah bangkai yang busuk dan belaiu meninggalkannya.

Muslimin dan Muslimat,

Apa fadhilat kita mendengar cerita ini? Pertama pengajaran yang dipupuk ialah perasaan marah. Sebab itu pesanan pertama sampai dengan sebutan makanlah ia. Marah perlu dimakan kerana kalau dibiarkan kita akan dikawal oleh nafsu. Sebab itu dalam mafhum hadis pernah disebut, Sekuat2 mukmin ialah mereka yang dapat menahan kemarahan mereka. Pengajaran kedua, ialah kebaikan yang dilakukan walaupun disembunyikan tetap juga diketahui orang. Pengajaran ketiga, kita perlu menjaga amanah yang diberikan kerana jika kita khianati amanah maka kita bakal mempunyai sifat munafik. Pengajaran yang keempat pula ialah jangan kita putuskan harapan seseorang. Apabila jemaah menghadapi masalah bantulah mereka dan jangan putuskan harapan mereka. Bantu membantu itu merupakan tuntutan dalam beragama. Pengajaran kelima ialah apabila mendengar umpatan orang maka kita perlu tinggalkannya kerana ia seakan memakan daging orang yang diumpat tadi.

Muslimin dan Muslimat,
Selawat juga diajukan kepada ahli keluarga nabi kerana mereka merupa golongan yang akan bersama nabi di dalam syurga. Kehebatan ahli keluarga nabi banyak dinukilkan di dalam sirah dan jemaah boleh membaca sendiri melalui sirah ibnu hisyam atau sirah Ramadhan Al Buti. Ketiga, selawat ke atas para sahabat. Kita dituntut untuk meyakini 4 khulafa’ ar rasyidin al mahdiyyin iaitu, Abu Bakar As Siddiq, Umar AL Khattab, Ali Karamallahu wajha, dan Uthman Affan. Mereka banyak membantu kemenangan Islam. Keempat ialah berselawat kepada tabi’ tabiin’. Mereka ini tergolongan dalam golongan mujtahid. Sebab itu bila mereka mengeluarkan ijtihad, ijtihad mereka dipakai dan orang yang menentang ijtihad adalah orang yang berlagak dan mahu dirinya digelar sebagai mujtahid. Sedangkan kita sekarang merupakan muqalid.

No comments: