"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, September 21, 2007

Oleh Hafizbad
Tazkirah Ramadhan di Surau An Nur 13 September 2007


Pertamanya marilah ktia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kita telah diberikan peluang untuk bersama dalam bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan dengan nikmat Iman dan Islam.

Fasa – fasa di bulan Ramadhan
Syariat telah menggariskan beberapa fasa, peringkat atau level di dalam bulan yang mulia ini. Fasa pertama ialah fasa kerahmatan. Fasa kedua ialah fasa pengampunan dan fasa terakhir ialah fasa dijauhkan dari api neraka atau pembebasan dari neraka. Setiap fasa ini merangkumi sepuluh hari.

Muslimin dan Muslimat,

Rahmat yang Allah turunkan sangat luas. Bertepatan dengan puasa yang memasuki hari ketiga dimalam yang keempat maka kita masih lagi meneruskan fasa pertama ini. Rahmat yang diturunkan melimpah ruah yang terdiri dari rahmat hidayah, nikmat dan sebagainya.Ini bertepatan dengan mafhum Al Quran, Sesungguhnya sekiranya kamu mahu berkira nikmat Allah maka tak mampu untuk kamu mengiranya.”

Fasa kedua ialah fasa keampunan dimana di dalam fasa ini kita perlu menyesali kembali segala perbuatan yang telah kita lakukan. Manakala fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka. Ketika itu pintu taubat terbuka luas dan ganjaran besar menanti mereka yang berjaya menghidupkan malam terakhir.

Tiga Tangga Keburukan
Bila kita menyebut semua fasa ini maka kita sudah pasti terlintas di hati perkara yang perlu diambil berat ialah berkaitan amalan kita di bulan Ramadhan. Maka marilah kita merenung sebuah hadis yang dinukilkan oleh nabi ke atas kita berkaitan amalan di bulan ramadhan.Seorang sahabar meriwayatkan, “Suatu hari aku ternampak rasul menaiki tangga pertama kemudian beliau membalas amin. Beliau naik ke tangga kedua dan menyebut amin. Setelah itu naik ke tangga ketiga dengan menyebut amin.” Sahabat bertanya, “kenapa kamu menyebut amin di setiap tangga.” Nabi menjawab, “tangga pertama aku melihat mereka yang bila disebut namaku tetapi tidak berselawat kembali keatasku. Aku mohon perlinmdunganmu manakala tangga kedua aku melihat mereka yang disiksa kerana mengingkari ibu dan bapa mereka.aku mohon perlindungan darimu dan ketiga aku melihat yang diberada di bulan ramadhan yang dipenuhi rahmat dan maghfirah tetapi tidak memanfaatkannya. Aku pun mohon perlindungan dari Allah.”

Muslimin dan Muslimat,

Hadis di atas jelas sekali memberi gambaran kepada kita supaya sentiasa berselawat ke atas nabi. Di dalam satu mafhum hadis nabi, “barangsiapa yang berselawat ke atas sekali maka malaikat akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” Tangga yang kedua tadi kita dapat memahami bahawa ingkar kepada ibu bapa tidak seharusnya berlaku. Ketika saya berjalan ke Darul Ehsan (rumah orang2 tua) banyak yang telahsaya pelajari. Oleh itu, saya menasihati diri saya dan muslimin dan muslimat agar terpelihara dari fitnah ini pada masa sekarang dan depan. Manakalan tangga yang ketiga tadi ialah kerana kegagalan kita meng’ihya’kan ramadhan. Marilah kita renung kembali dengan kekuatan yang kita ada ini adakah kita mampu berhadapan dengan pihak musuh Allah kalaulah di bulan yang barakah ini kita gagal hidupkannya.

Muslimin dan Muslimat,

Kisah pengembala kambing dan paderi Kristian
Bila menyebut pihak musuh Allah, saya teringatkan satu kisah dimana dihikayatkan di sebuah Negara terdapat seorang raja yang patuh kepada Islam. Pada waktu itu, berlaku majlis perdebatan yang dibawa oleh paderi Kristian yang mempertikaikan Islam. Disebabkan ramai ulama’ yang gagal menjawab persoalan paderi itu, maka Sultan telah menjanjikan kepada sesiapa yang berjaya menjawabnya akan dinikahkan bersama tuan puterinya. Berita itu sampailah ke pengetahuan seorang pengembala kambing. Selepas diasak oleh rakan2nya untuk menyahut seruan raja maka pengembala kambing itupun bersedia bertemu dengan padari itu.

Ketika bersemuka paderi itu, maka dia telah menetapkan suatu syarat iaitu perdebatan perlu dilakukan secara sirriyah (senyap) iaitu tanpa bercakap dan menggunakan bahasa isyarat. Maka pegembala kambing bersetuju dan paderi pun memulakan sesi debat itu. Paderi pun mengangkat tangan kanan yang menunjukkan jari satu. Maka pegembala kambing membalas jari dua. Paderi kemudian menunjukkan empat jari. pegembala kambing membalas lagi lima. Kerana tidak puas hati, paderi itu menunjukkan bentuk bulatan menggunkan kedua2 tangannya. Maka pegembala kambing terus membalas dengan menggenggam buku lima yang berisyaratkan penumbuk. Paderi itu terkejut dan akhir sekali mengangkat tongkatnya menghala ke langit dan seraya itu pegembala kambing menolak tongkatnya ke tanah. Setelah selesai maka paderi itu terus berlalu dengan sedih kerana belaiu gagal dalam debatnya.

Sahabat pegembala kambing berjumpa paderi kenapa dia pulang dengan sedih. Paderi tadi bercerita, “bila aku tunjuk jari satu bererti adakah kamu hanya iman kepada tuhan saja? pengembala kambing membalas dua yang aku fahami ialah Islam beriman dengan tuhan dan rasul. Bila aku angkat tiga jari yang bermaksud adakah kamu hanya beriman kepada tiga kitab terdahulu saja iaitu zabur, taurat dan injil. pengembala kambing menjawab empat iaitu ditambah Quran. Aku pun terus angkat 5 jari yang bermaksud adakah kamu hanya ada rukun Islam yang lima? Dia membalas dengan enam jari yang aku fahami bahawa Islam juga ada rukun iman yang enam. Lalu aku pun membuat bulatan yang bererti kalau kata Kristian merosakkan aqidah suma Muslim apa akan berlaku? Dia menunjuk penumbuk yang aku fahami ialah mereka akan berjihad habis - habisan. Lalu aku mengangkat tongkat bermakna adakah tuhanmu itu berkuasa di langit saja tapi dibalasnya dengan meletakkan tongkat ke tanah yang bermaksud tuhan Islam bukan berkuasa sekadar di langit malah turut di bumi.”

Disebabkan masih tidak berpuas hati maka sahabat tadi mendapatkan respon pengembala kambing. Ditanya apa rahsia berjaya mengalahkan paderi. pengembala kambing itu membalas bahawa, “paderi angkat satu jari yang bermaksud dia mahu 1 ekor kambing aku. Jadi aku angakt 2 jari iaitu aku nak bagi 2 ekor. Dia angkat tiga jari iaitu nak 3 ekor lalu aku angkat 4 sebab nak bagi 4 ekor. Aku ingat sudah habis tapi dia angkat 5 (5ekor) aku pun balas 6 jari (6 ekor). Seketika kemudian, dia menunjukkan bulatan seakan mahu semua maka aku pun akan penumbuk sebab kalau dia amik semua kambing aku, aku nak mengembala binatang apa plak? Jadinya aku angkat penumbuk sebab dia seakan nak cari gaduh. Selepas itu dia mengangkat tongkatnya. Aku pun tengok dia lalu aku pun tunjuk juga yang aku pun ada tongkat bukan dia sahaja yang ada.”

Muslimin dan Muslimat,

Moral of the story, serangan aqidah akan sentiasa berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira kaedah dan metodologi. Kisah tadi menggambarkan usaha pendakyah melalui cara senyap. Di Sungai Ular, Kulim, Kedah pada waktu dulu pendakyah mengumpan dengan menggunakan duit, handphone dan sebagainya. Oleh itu kita perlu berhati – hati mulai sekarang.



1 comment:

zuhairi said...

Perkongsian yang bagus..
Semoga terus ikhlas dan thabat, dalam perjuangan. good job