"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, June 7, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU PAK LAH

Pagi ini, Abdullah memaklumkan hasratnya untuk mengahwini Jeanne kepada Yang di-Pertuan Agong selain menyampaikan berita gembira itu kepada menteri-menteri pada mesyuarat mingguan Kabinet. Selepas mesyuarat itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkahwinan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Jeanne dilahirkan pada 29 Julai 1953 di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka seperti Hotel Hilton dan Hotel Pan Pacific. Jeanne sebelum ini bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana. Jeanne mempunyai dua anak daripada perkahwinan lalu, Nadiah dan Nadene.

Semoga dengan perkahwinan ini pentadbiran Pak Lah bertambah baik dan tidak lagi goyah dengan pelbagai kontroversi dan konflik.

No comments: