"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Thursday, November 18, 2010

Salam AIdil Adha


Eid Mubarak diucapkan kepada semua blogger terutamanya pengunjung Hafizbad.cjb.net. Mudah2an kita dapat mengambil ibrah dan istifadah daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingat, kejayaan akan teruji apabila berputik bunga - bunga pengorbanan. Salam Ukhwah Fillah.

Thursday, November 11, 2010

Center For Foundation Studies IIUM Youth Leadership Camp

Tajuk yang diberikan dalam program ini agak berat tapi perlu diberikan secara santai. Kebetulan pengisian ini hanyalah diberikan selama satu jam setengah namun saya tidak keberatan utk berkongsi beberapa isi penting yg dipetik daripada beberapa makalah yang bernilai yang ditulis oleh sarjana Islam terkemuka tentang konsep Akhlak Kepimpinan.

Dalam perkongsian itu, saya banyak memetik huraian yg diberikan oleh Mustafa Masyur tentang karisma dan karektor yang diperlukan oleh seorang pemimpin. Huraian tersebut diasimilasikan dengan lokaliti pemimpin semasa dunia dan Islam. Mudah2an perkongsian tersebut dapat memberikan impak maksima kepada para peserta yang rata2 terdiri dari perwakilan kolej di CFFS IIUM. Terima kasih atas jemputan.

 [bersiap utk agenda seterusnya]

 [kakak2 fasilitator]


[adik2 yg bersemangat melaungkan lagu tema]

Tuesday, November 9, 2010

Smart Solat di Pinggiran Batu Caves [250710]

Salam pertemuan kembali.

Mudah2an rakan2 blogger berada dalam keadaan yg tenang, sejahtera selalu.
Saya memohon maaf atas kelewatan utk 'update' perkongsian terbaru apabila berhadapan dalam beberapa situasi dan sedikit masalah teknikal yang menyebabkan kelewatan utk mengemaskini blog.

Di sini saya kongsikan beberapa galeri perkongsian ilmu di sebuah surau di Pinggiran Batu Caves. Kredit terbaik saya berikan buat Ustaz Taufik Yusof yg sudi menjemput saya utk berkongsi sedikit ilmu bersama adik2 yang tekun dan bersemangat utk mendalami konsep solat yang benar dan berkesan.

[Gambar ini sempat dirakam ketika waktu rehat]