"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Sunday, January 17, 2010

Islamic Youth Camp Anjuran ILuvIslam Consultant dan UNITEN


Alhamdulillah, saya telah diberikan keizinan untuk berkongsi pandangan bersama para peserta dalam suatu program yang bertajuk Cinta Hakiki. Semanis tajuk tetapi sesukar huraian. Itulah pandangan saya secara peribadi dalam menangani isu cinta bagi dua insan yang belum berkahwin.

Cinta Hakiki adalah milik Ilahi. Saya sempat diskusikan dua buah buku sepanjang perkongsian itu. Buku tersebut ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul yang telah ditulis oleh Fatimah Syarha Noordin. Dalam buku ini, mungkin pendekatannya agak keras sedikit iaitu saranan yang dibawakannya ialah Bercinta setelah Berkahwin. Itu mungkin pendapat peribadinya dan mengajak orang lain mengikutinya kerana Bercinta setelah Berkahwin lebih selamat daripada Bercinta dan kemudian berkahwin.

Diskusi buku kedua yang sempat saya sisipkan bersama ialah buku yang berjudul Bercinta Sampai ke Syurga yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil. Bahagian yang perlu dibahaskan ialah Bahagian Pra Perkahwinan. Pendekatan Ustaz Hasrizal agak jelas dalam penulisannya. Beliau mencermati penulisannya dengan menyanggah pendapat yang menyatakan beliau menghalalkan gadis dan pemuda yang bercinta sebelum berkahwin berpeleseran dan berdua-duan. Katanya, mereka yang menyandarkan namanya dan blognya untuk menghalalkan Couple adalah Pendusta!!

Namun, tegas Ustaz Hasrizal, perhubungan itu perlu dihadkan dengan HIJAB. Apa itu HIJAB? Itulah Batasan Allah dan bukannya batasan manusia yang pandai membatasi mengikut nafsu nafsi.

Ustaz Hasrizal dilihat menyanggah persepsi menyatakan 'kenapa mesti bercinta semasa belajar. Bukankah jodoh telah Allah tentukan?'

Beliau memberikan analogi sanggahannya, 'Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki. Bukankah makan dan minum ditentukan Allah?'

Ini menunjukkan Ustaz ingin memahamkan kepada kita bahawa usaha untuk bercinta untuk mencari ikatan yang sah DIBENARKAN tetapi perlulah ada 'Shariah Compliant' dan batasan Syaraknya dan bukannya 'coupling' dan sebagainya. Katanya juga mencari calon yang sesuai ketika zaman pengajian adalah baik kerana kita duduk dalam lingkungan kafaah dan sekutu dalam pencarian. Tetapi pencarian itu bukanlah bermaksud ke hulu ke hilir dan mengHalalkan cara yang Haram.

Untuk menilai, saya serahkan kepada pembaca semua meneruskan pencarian dalam kedua- dua buku ini. Keputusan di tangan anda. Tepuk dada, Tanya Iman.

Thursday, January 14, 2010

Program Remaja Perdana (Prebp 09) PMR [281209 - 301209]

Memang happening!!! Itu yang dapat saya gambarkan untuk peserta PREBP 09 yang telah saya dan rakan2 lain kemudikan untuk kali terakhir ini sebagai penutup tirai tahun 2009. Peserta yang terlibat dalam program kali ini sporting abis. Memang diJAMIN Syok!!!

Program kali ini bertambah menarik apabila ada seorang pelajar yang telah di BANG - BANG BOOMkan. Dia menjadi 'mangsa' WAKANABEB ini kerana menyambut hari lahirnya di hari terakhir program tersebut. Saya juga begitu tersentuh apabila terdapat juga para pelajar yang hadir dari kalangan Asrama Damai Sg Buloh yang pernah tidak mempunyai ayah dan lebih malang anak yatim piatu.

[Mangsa Bang Bang Boom..!!!]

[Bersiap sedia dengan Kertas Survivor masing - masing]

Saya dan rakan2 telah menyatakan dengan tegas walaupun anda lahir dari keluarga yang susah, miskin, tiada keluarga dan sebagainya, anda sebenarnya mampu Mencipta Sejarah. Tolak di tepi segala bentuk kelemahan, kekurangan dan penat lemah. Hal ini kerana hanya otak yang sentiasa positif mampu mengecapi kejayaan sebenar.

Lihatlah Nabi Muhammad menolak kelemahannya yang buta huruf. Lihatlah Julias Ceaser yang menolak kekurangannya yang pernah mengidap sawan. Lihatlah Umar Mukhtar yang menolak penat lelahnya berjuang dan berperang tika berumur 80 tahun. Mereka semua berjaya dalam lapangan masing - masing kerana mereka tetap dengan Fikiran Positif.

[Macam - macam Berus Gigi ADA...]

[Macam mana nak berfikir secara kreatif yer??]

[Jom beraksi]

Monday, January 11, 2010

Kelab Remaja Islam Kedah (Kem Palas, Yan, Kedah


Sewaktu saya berada di Kedah dalam percutian, saya telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan menyuntik semangat dalam sebuah Kem Remaja Islam yang dianjurkan oleh NGO dari Pendang, Kedah. Program ini berlangsung di Kem Palas Yan, Kedah selama 3 hari. Semua pesertanya terdiri daripada pelajar perempuan peringkat sekolah menengah.

Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar ini kerana berani mencabar diri untuk mengikuti program yang penuh cabaran ini. Mereka didedahkan dengan semangat setiakawan dan berkumpulan dalam sesi survivor dalam hutan yang memakan masa seharian.

Dalam perkongsian ini selain pembinaan matlamat, saya juga menekankan konsep Pelan Tindakan Pelajar. Anda sebagai pelajar perlu menyediakan pelan tindakan anda sepanjang persediaan dalam pengajian dan kelas. Ben Sweetland dalam bukunya yang bertajuk I Can, telah menjelaskan bahawa sekiranya matlmat telah dibina dengan jelas, maka anda perlu menumpukan perhatian anda dengan membuat Pelan Tindakan dalam merealisasikan matlamat tersebut.

Kepada semua pelajar, selamat membuat Pelan Tindakan Pelajar sepanjang 2010 ini.

Tuesday, January 5, 2010

SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

[Bergambar bersama YA Tuan Abu Bakar, Hakim Mahkamah Shariah Tinggi Shah Alam]

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor telah berjaya membuat satu program yang dinamakan sebagai Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Negara Islam. program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Dr Hassan Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Saya telah diberikan tanggungjawab utk memimpin majlis sebagai pengerusi majlis sepanjang dua hari program.

Menariknya, ucaptama ini disampaikan oleh Al A'llamah Fadilatul Sheikh Dr Wahbah Az Zuhaily, Ulama Syria, merangkap Dekan Fakulti Perbandingan Mazhab, Universiti Damsyik. Beliau telah menyentuh pelbagai persoalan dan perkara penting yang berkait rapat tentang hak dan peranan masyarakat bukan Islam dalam sebuah negara Islam yang masyarakatnya majmuk. Selain itu, beliau juga berbesar hati untuk menjawab segala persoalan daripada hadirin tentang isu masyarakt bukan Islam di Malaysia.

Antara soalan yang diajukan oleh hadirin ialah adakah menjadi satu kesalahan non-Muslim membaca ayat Al-Quran dan menjadikannya hujah. Jawapan yang diberikan Sheikh begitu mudah iaitu hukumnya HARUS. Bahkan dipuji sekiranya tujuan bukan untuk mempermainkan dan menghina Islam. Kenyataan Sheikh ternyata bercanggah dengan kenyataan yang diberikan oleh Datuk Harussani.

[Kenangan bersama Fadilatus Sheikh Dr Wahbah Az Zuhaily]

[Barisan Urusetia PUMSEL yang komited]

Friday, January 1, 2010

Program Remaja Perdana (Prebp 09) PMR [141209 - 161209]

[Senaman 'Hantu Pocong']

Lembah Azwen Resort di Hulu Langat kini menjadi tapak baru utk GGC melebarkan sayap. Kami telah diberikan kepercayaan sekali lagi oleh LZS untuk menjayakan program peringkat remaja bagi daerah Hulu Selangor.

Program ini mensasarkan Dua Matlamat Utama:
1. Keinginan Pelajar untuk menyambung pelajaran 2. Keperluan Pelajar memilih Pekerjaan dan Cabarannya.

Dalam program tersebut, alhamdulillah saya telah sempat kongsikan bahawa kehidupan ini setelah berjaya melalui peperiksaan SPM akan melalui beberapa cabaran:

1. Kewangan 2. Ilmu 3. Racun 4. Cabaran

Semua pelajar secara tidak langsung terperangkap dengan faktor yang disebutkan di atas. Cumanya, penyelesaian tersebut hanyalah dapat dicari sekiranya remaja bijak membuat keputusan. Apa yang ditunggu lagi? Buatlah keputusan tepat untuk diri anda.

[Wajah ceria yang tidak dapat dirahsiakan lagi]

[Berani atau tidak mencuba?]
[Jom kita senaman dengan cara yang betul]

[Kumpulan Butterfly hampir menjadi kumpulan terbaik]

[Takut untuk berbicara. Kenapa yer?]

[Apa yang menarik tue?]