"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Tuesday, December 29, 2009

Program GGC bersama YTM di Langkawi Seaview [071209-091209


Terima kasih saya ucapkan buat Mentor saya, Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk bersamanya menjayakan program Yayasan Telekom Malaysia di Langkawi, Kedah. Perjalanan yang bermula di LCCT dan menetap selama 3 hari di Langkawi Seaview memberikan semangat baru kepada semua peserta yang merupakan Executive Staff Telekom yang menuntut pelajaran di IPTA.

Pengisian yang diberikan begitu menarik dan berbaloi kepada semua peserta. Tuan Fadzli telah berkongsi beberapa perkara:

1. Merangsang Kuasa Minda Super
2. Meningkatkan Prestasi Minda Super
3. Mencipta Kuasa Memori dengan Minda Super
4. Pengurusan Diri dengan Minda Super
5. Kuasa Hijrah, Kuasa Berubah!

Kepada semua peserta, tahniah kerana berani mencabar diri masing - masing untuk turut serta program GGC kali ini. Buku yang ditempah sepanjang program sudah boleh didapati dibahagian Sekretariat YTM di Menara Telekom.

Saturday, December 26, 2009

Tahniah Kepada Semua Rakan-Rakan!!!

[Shakir & Hafizah - Sg Layar 191209]

[Akmal & Kaliphah Amirah - Sg Petani 191209]

[Tamim & Hayati - Aloq Setaq 191209]

[Abg Wadi & Zaujah - Kepala Batas Pulau Pinang 291109]

[Mior Isfandy dan Azuni - Pandan Indah 051209]

Barakallahufikum. Semoga diberikan kebahagian Abadan Abada. Kekal sehingga ke anak cucu. Jom kita doakan bersama!!

Thursday, December 24, 2009

Kenangan Rakan - Rakan Kelas LL.M (UIAM)

[Dari kiri-Abg Wan Pudin, Abg Zainol, Abg Rizal dan saya]

Alhamdulillah berakhir sudah semester 1 untuk pengajian Master dalam Banking Law di UIAM. Sesungguhnya, pengajian dalam bidang ini memerlukan kepada kesungguhan dan komitmen tinggi untuk berdiskusi dan berbincang sepanjang gerak kerja berkumpulan.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan buat rakan - rakan (classmate & teammate) dalam menyiapkan semua gerak kerja berkumpulan (group assignment) selama ini. Sekalung penghargaan kepada Abg Razlan (Practitioner), Abg Rizal (Practitioner), Abg Wan Saifuddin (Practitioner), Segaran (Practitioner) dan tak lupa otai Sukuk, Abg Zainul (Royal Bank of Scotland).

Selamat bercuti dan semoga kita masih lagi dalam kumpulan yang sama pada semester depan. Tahniah juga buat Abg Rizal yang dikurniakan bayi comel sebelum 'final exam' baru2 nie. Tahniah!!!

Wednesday, December 23, 2009

Smart Ibadah Camp di Kalumpang Resort [21-22 November 2009]

[En Rafi selaku wakil LZS menyampaikan 10 hadiah terbaik]

[Para pelajar putra yang dahagakan ibadah sohihah]

Kali ini saya bersama rakan - rakan saya berada di Kalumpang Resort untuk membantu para pelajar Hulu Selangor bagi memahami konsep ibadah yang sohihah. Hampir 40 orang berkumpul di sana selama dua hari semalam untuk menyelami konsep ibadah yang sebenar.

Beberapa perkara yang sempat saya kongsikan bersama para pelajar tentang Tahsin Solat iaitu bagaimana untuk mencantikkan dan menyempurnakan solat. Antaranya:

1. Hadhir Hati
2. Tafahum (Memahami Solat)
3. Ta'dzim (Mengagungkan Allah)
4. Haibah ( Takut Allah)
5. Raja' (Berharap dalam Solat)
6. Haya' (Malu pada Allah)

Kalaulah kita sudah lama mengamalkan keenam - enam tips ini, saya yakin dan percaya anda akan merasai keseronokan beribadah sepanjang melaknakannya. Salam Ibadah.

[Pelajar Putri yang menunjukkan komitmen mereka]

[mereka yang bersedia melakukan perubahan]

[pelajar tunggal dari Sek Men Sains Hulu Selangor]

Sunday, December 20, 2009

Kem Kesempurnaan Ibadah di Impian Rimba [14 Nov - 15 Nov 09]

Global Genius Consultant Sdn Bhd sekali lagi telah diberikan kepercayaan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk membantu Asnaf Zakat Faqir dan Miskin untuk memahami Kursus Kesempurnaan Ibadah atau Smart Solat yang telah dilaksanakan di Impian Rimba Resort. Kali ini saya ditemani oleh Sdr Nabil dan Meor yang membantu saya dalam memimpin para pelajar dalam kursus ini.

[Sesi Riadah beserta para peserta]

[Ustaz Meor dalam sesi LDK]

Program ini mendedahkan aspek teori dan praktikal Ibadah. Mereka telah didedahkan dengan beberapa aspek ibadah yang penting. Antaranya ialah:

1. Solat
2. Wudhu'
3. Tayammum
4. Mandi Junub

Yang penting, segala modul dan aspek ini telah ditekankan menerusi sifat solat nabi dan hadith hadith sahih berserta pandangan mujtahid dan ulama' muktabar. Selamat Beramal!


[Mereka yang mahukan kesahihan dalam beribadat]

[Peserta terbaik dalam Kem Kesempurnaan Ibadah]

[Pn Nabilah dalam perkongsian di tepi sungai bersama peserta]

Monday, December 14, 2009

A While with Fabulous Future di Pusat Asasi UIAM

[Bersama komiti program A While with Fabulous Future]

[Para peserta di Lecture Theater A di Pusat Asasi UIAM]

[Terima kasih daun keladi]

[Mencari sinar baru masa depan yang cerah]

[Peserta perempuan yang memenuhi dewan]

[Kusyuk dan fokus dalam ceramah]

Salam Kejayaan. Pada 12 November 2009 yang lalu saya telah dijemput oleh Persatuan Pelajar Pra Sains Pusat Asasi UIAM (PRESS) untuk mengadakan satu Ceramah Motivasi yang bertajuk A While with Fabulous Future. Dalam ceramah itu saya berkongsi pandangan tentang keperluan para pelajar untuk meletakkan Matlamat (Setting Goal) pada masa hadapan.

Dengan pembinaan Matlamat yang awal maka sudah pasti ia menjanjikan suatu masa depan yang cerah dan gemilang. Antaranya ialah beberapa tips yang dikongsi bersama tentang keperluan dan kehendak memilih kerjaya di masa hadapan. Ada tiga kriteria yang perlu dilihat:

1. Bakat 2. Minat 3. Niat

Oleh yang demikian melalui tiga kunci utama ini dapat kita fahami bahawa untuk memilih jalan yang cerah pastikan anda mengasimilisasikan tiga konsep ini. Bakat ialah apa yang telah ada pada kita, Minat ialah perkara yang sedang dicipta dan niat adalah suatu harapan pada masa depan. Sekiranya anda menggunakannya maka anda bebas dari tension selepas memilih kerjaya dan bebas dari trauma dalam profession anda.

Terima kasih atas jemputan terutama kepada saudara Abd Azim (Pres. PRESS) yang memberikan kepercayaan kepada saya. Selamat Maju Jaya buat semua PRESS.

Friday, December 11, 2009

Salam Peperiksaan SPM 2009!!


Saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang sedang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Semoga diberikan kemudahan selalu.