"Selamat Menghidupkan 10 Ramadhan Terakhir 2017"

Cari Tips MOTIVASI Blog Lain Di Sini!

Custom Search

Friday, May 29, 2009

Jemputan Pernikahan Hafizbad & Nabilah


















(Nabilah & Hafiz)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan ini saya dengan segala hormatnya menjemput seluruh pembaca budiman untuk hadir ke Majlis Pernikahan saya:

(Rumah Pengantin Perempuan-Siti Nabilah Sulaiman)
Tarikh: 31 Mei 2009
Hari: Ahad
Alamat: No. 103, Taman Ria, Jalan Inai, Kota Tanah, Seberang Perak, ALor Setar, Kedah

DAN

(Rumah Pengantin Lelaki-Muhammad Hafiz Badarulzaman)
Tarikh: 7 Jun 2009
Hari: Ahad
Alamat: 15/3 Taman Bersatu, Bedong, Sg Petani, Kedah


Disertakan bersama Pelan ke Rumah Pengantin

[Rumah Pengantin Lelaki-Hafizbad]

[Rumah Pengantin Perempuan-Nabilah]

Wednesday, May 27, 2009

Berjaya dalam Pelajaran: Kenali Dirimu!!!

Ramai yang ingin berjaya dalam kehidupan dan pelajaran. Namun masih ramai yang gagal dalam kehidupan mereka. Kenapa hal ini berlaku? Hal ini berpunca kerana mereka TIDAK mengenali Diri mereka dan potensi.

Jom kita lihat apa Unsur yang ada dalam badan manusia yang mampu memandu kita untuk berjaya dalam kehidupan seharian mahupun pelajaran. Manusia telah dibahagikan kepada 4 Unsur Utama:

1. Ruh
Setiap manusia diciptakan permulaannya ruh. Ruh merupakan antara perkara Gyaibiyyat (perkara2 ghaib) yang wajib kita yakini dan wajib kita imani. Hal ini telah dibuktikan lagi dengan Firman Allah dalam Al Quran: "Bukankah Aku Tuhan kamu? Maka ruh2 menjawab:Bahkan Ya Allah!" Ini merupakan perkara asas bahawa setiap diri manusia mempunyai ruh dan makanan ruh ialah Ibadah. Sekiranya ruh tidak diberikan makan maka secara tak langsung kita juga akan menghadapi gangguan emosi dan psikologi. Itulah mengapa kita selalu gagal dalam kehidupan kerana Ruh kita tidak DIISI dengan IBADAH.

2. Jasad
Tubuh badan manusia yang berbentuk JISIM dipanggil sebagai JASAD. Jasad yang berbentuk jasmani merupakan bentuk luaran kepada ruh. Jasad perlu dijaga kerana ia memberikan kekuatan kepada kita untuk belajar dan bekerja. Saya teringat satu pesanan kaunseling yang saya terima di Ampang Putri Medical Centre.

Kata Kaunselor Kesihatan sana kehidupan manusia ini akan dijamin sihatnya dengan 4 Perkara. Pertama, pastikan ada rutin senaman yang cukup. Kedua, pastikan kita punya diet. Ketiga, Supplement atau makanan tambahan pun diperlukan.Keempat, Medical Check up setahun sekali. Oleh itu, jasad yang ada perlu dijaga agar dapat kembalikan tenaga utk kejayaan kehidupan

3. Akal
Antara yang membezakan manusia dan binatang ialah akal. Seperti yang Allah nukilkan dalam Quran,"Sesungguhnya aku jadikan manusia ini sebaik2 ciptaan" Oleh itu, akal perlu dijaga dengan baik. Antara makanan akal ialah ILMU. Ilmu perlu disadur agar ilmu yang diberikan bukanlah ilmu yang menyeleweng mahupun sesat.

4. Nafsu
Antara kelebihan lain pada manusia ialah NAFSU. Kalau manusia tidak punya nafsu, maka kehidupan manusia bagaikan malaikat. Seperti kata2 ulama Feqah, Iman Malaikat Tidak pernah naik dan tidak pernah turun. Jadi kehidupan mereka statik iaitu Mengabdikan diri kepada Allah semata2. Mereka tidak berkahwin, berkeinginan dan sebagainya. Nafsu ini perlu dikawal kerana nafsu juga membantu kepada kejayaan sekiranya nafsu ini dibentuk.

Imam Ghazali menafsirkan nafsu sebagai hati nurani dalam kitab Ihya Ulumuddin. Justeru nafsu terbahagi kepada tiga kategori. Tiga kategori nafsu manusia adalah:

a. Nafsu Mutmainnah. Tiada rasa untuk membuat perkara mungkar dan terpelihara daripada penyakit hati.
b. Nafsu Lawwamah. Ia mempunyai pertentangan antara membuat perkara yang baik dan keji.
c. Nafsu Amarah. Nafsu yang berkehendak melakukan perbuatan keji.

Kesimpulan
Kejayaan dalam Kehidupan didorong dengan mengenali diri terlebih dahulu. Sekiranya 4 Unsur Manusia ini digabungkan dengan baik, I'allah ia akan membuahkan hasil yang cemerlang. Kejayaan bakal milik ANDA!!

Monday, May 25, 2009

Program Bersama SM World Resources

[Bersama En Amin Idris dan Orang Kuat IPPT]

[Antara Peserta program anjuran SM World Resources]

Pada 21 dan 22 Mei 2009 yang lalu, merupakan pengalaman pertama saya dalam bidang runding cara motivasi melalui Event Management. Konsep ini diperkenalkan oleh SM World Resources. Dalam program kali ini dibawakan khas buat suma staff IPPT (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju) seramai 60 orang di Penang Golf Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penceramah terkenal yang dijemput ialah:
1. Tn Hj Fadzli Yusof
2. Dr Robiah Kulop Hamzah

3. En Badrul SAni

4. En Suzardi Maulan

5. En Osman Affan

6. En Amin Idris


Tema program ini ialah Kesejahteraan Keluarga Memacu Kecemerlangan Kerjaya. Program ini fokusnya ialah mengembalikan kefahaman kepada para Staff tentang betapa pentingnya Keluarga dan Kerjaya.

Kadang2 banyak pekerja tahu untuk berjaya dalam bidang kerjayanya tapi gagal dalam kehidupan rumahtangganya. Kadang2 berjaya dalam rumah tangga tetapi tidak tahu bagaimana ingin menjadi Pekerja Idaman Majikan.

Secara keseluruhan banyak konsep dan perkara yang perlu kita fahami. Dr Robiah dan Sdr Badrul Sani berjaya membawa para peserta tentang perbezaan dan persamaan antara lelaki yang sukar difahami dan wanita yang sukar dimengerti.

Manakala Tn Fadzli pula berjaya membawa maksud sebenar Pekerja Impian Majikan. EN Suzardi pula memberikan kesan pengurusan kewangan semasa keluarga yang banyak antara kita gagal memahami konsep income statement, balance Sheet, financial stament dan sebagainya.

En Osman Affan memberikan sentuhan Keseimbangan Keluarga dan Kerjaya melalui konsep SENYUM MESRA. Slot Resolusi diri pula diberikan kekuatannya melalui EN Amin Idris dengan memetik beberapa kata hikmat dari Stephen R. Covey

Saturday, May 23, 2009

Mahkamah Rayuan Sahkan Penolakkan Dr Zambry Abd Kadir

[Bersama Sultan Perak suatu ketika dulu di hotel terkemuka]

Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Md. Raus Shariff berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika melantik Zambry menggantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Dengan itu, mahkamah sebulat suara membenarkan rayuan Zambry terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang mengesahkan sebaliknya terhadap Mohammad Nizar.

Hakim Md. Raus bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Zambry selaku perayu mahupun Mohammad Nizar sebagai responden dalam rayuan itu tidak hadir bagi mendengar keputusan yang mendapat perhatian meluas pihak media dan orang awam.

Selanjutnya

Tuesday, May 19, 2009

MOTIVASI ISLAM TENTANG ILMU

Sabda nabi:

“Jadilah kamu orang yang ALIM (Mampu menyampaikan ilmu), ataupun orang yang BELAJAR ILMU, ataupun orang yang MENDENGAR ILMU, ataupun orang yang MENYUKAI ILMU tetapi JANGAN kamu JADI orang yang KELIMA-maka BINASAlah.”

Islam secara tidak langsung memotivasikan umatnya dengan TUNTUTAN ILMU. Jom kita lihat dan renung tuntutan dalam Hadis tadi:

1. ALIM

Islam menuntut agar umatnya berilmu. Bukan sekadar mempunyai ILMU tetapi Menyampaikannya kepada orang lain. Orang yang menyampaikan ilmu ini akan mendapat ganjaran sepanjang kehidupannya apabila orang menuntut tadi mengamalkannya. Selain itu orang yang berilmu ini akan lebih dekat dan bertakwa pada Allah. Maka benarlah seperti yang dijanjikan Allah, “Sesungguhnya orang yang benar- benar takut pada Allah ialah orang-orang yang berilmu (Ulama’)."

2. Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu juga dijanjikan Allah balasan yang baik. Hadis nabi berbunyi, “Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan – jalan ke syurga.” Jadi para pembaca budiman, walaupun usia kita sudah tua mahupun muda, kita masih lagi perlu menuntut ilmu kerana ILMU ini akan membantu kita mendapatkan jalan ke syurga Allah. Selalunya dalam menuntut Ilmu kita perlu membawa bersama buku untuk di damping.

3. Mendengar ILMU

Tuntutan yang ketiga ini bermaksud wujud juga kadang – kadang ada orang yang tidak berilmu ataupun tidak mahu menuntut ilmu. Tetapi mereka lebih suka untuk mendengar ilmu. Mereka lebih cenderung untuk membeli kaset dan cakera padat kerana mereka terlalu sibuk dengan tanggungjawab seharian. Maka orang yang sekadar mendengar ini pun diberikan balasan Allah.

4. Menyukai ILMU

Ada juga orang yang tidak sempat untuk belajar mahupun mendengar ilmu, tetapi mereka sekadar menyokong majlis – majlis ilmu. Sebagai contoh orang yang menderma kepada forum agama dan seminar motivasi tetapi mereka tidak pun terlibat secara langsung ataupun tidak. Orang seperti ini pun akan dikasihi Allah.

5. Orang yang KELIMA

Kita mungkin tertanya – tanya mengapa nabi memasukkan elemen ‘suspen’ dalam hadis baginda tentang orang yang kelima. Sesungguhnya orang yang kelima ialah golongan yang tidak SUKA langsung kepada ILMU. Mereka menolak majlis ilmu, forum dan seminar serta tidak memberikan segala bentuk sokongan. Oleh itu, kalau ada sifat kita tak suka pada ilmu, malas nak belajar, benci pada buku, maka jalan keluarnya ialah kita buang semua sifat dan sikap ini.

Jom sama-sama kita menjauhkan diri dari tergolong dalam golongan yang kelima.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009!!!


Saya ucapkan kepada seluruh warga guru di Malaysia dengan ucapan Selamat Hari Guru. Ucapan ini juga saya khaskan buat semua guru yang telah mengajar saya sewaktu di Taman Asuhan Kanak – Kanak Islam (TASKI) sehinggalah kepada guru – guru yang mengajar saya di university kini.

Terima kasih kerana bersusah payah mendidik saya sehingga ke hari ini untuk menjadi orang yang berguna.

Benarlah seperti mana yang telah disebutkan di dalam bait syair oleh Sasterawan Negara, Almarhum Uthman Awang:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

'Guru oh Guru'

Wednesday, May 13, 2009

Ada Apa dengan bangunan ini ???

[Bangunan Wan Mat Saman di Bandaraya Alor Setar]

[Bangunan ini menempatkan Pejabat Agama Daerah Kota Setar]

Sunday, May 10, 2009

Lapto MASIH lagi dalam proses BAIKPULIH..

Berkat doa sahabat - sahabat bloggers budiman, Alhamdulillah, laptop yang dulunya rosak kini dalam proses baikpulih. Mujur, masih lagi 'under warranty'. Jadi setelah dikaji selidik kerosakan laptop hanya pada 'hardware'- 'RAM'.

Alang2 dah rosak kemudian diganti secara percuma oleh Vendor-PC Depot- saya pun mengambil kesempatan utk 'format' semula laptop.Terima kasih untuk Fitri (Bakal Adik Ipar) yang bersusah payah untuk membaikinya. Lepas ni bolehlah 'update' dengan lebih berkesan.

Thursday, May 7, 2009

Jalan-Jalan di KL

[Izat dengan anak buah saya di Serdang]

[Sewaktu 'memanggil,' di belanja pula oleh sepupu di restorannya 'Anjung', Serdang]


Bila balik dan sampai saja dari T'ganu, saya mula cuak. Mana taknya, pertama rumah untuk ditumpangi tiada. Kedua, laptop rosak. Sedih bukan kepalang. Tapi Alhamdullilah, masih ada yang sudi membantu. Terima kasih saya ucapkan kpd Zaim (EXCO MPP UIA) yang sudi untuk memberi bantuan tempat tidur.

Tapi maaf tak dapat memenuhi hasrat Zaim sebab nampak Zaim sangat sibuk. Terima kasih juga untuk sahabat saya, Ustaz Taufiq yang sudi membantu dan akhirnya saya sedia terima pelawaan untuk berkampung sementara di KL. Tak dilupakan juga buat Ustaz Razak sebab sudi memberi ruang untuk menumpang barang2 saya semasa di UIA dulu.

Akhir sekali kepada 'junior' sayam Izat Amin (UM) kerana sudi memberi masa untuk menumpang tidur di UM dan sudi membantu saya 'memanggil' jemputan yang diamanahkan dari ayahanda saya. I'allah jemputan ini juga akan saya war-warkan kepada semua pembaca budiman bila sampai waktunya.

Monday, May 4, 2009

Program Motivasi di UMT, Terengganu [24&25 April 09]

[Di depan dapur masakan Kerepok Lekor Kg Bukit Tebeng, K. Terengganu]

[Masjid Tengku Zaharah Batu Burok]


[Pusat Penginapan kami di Rumah Universiti UMT]


AngsaRaya Sdn Bhd merupakan sebuah konsultan motivasi yang terletak di Shah Alam. Pada bulan lepas, saya sempat bersama rakan2 yang lain berkampung dua hari di Universiti Malaysia Terengganu yang dulunya dikenali sebagai KUSTEM.

Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari dua tahun yang berbeza. Satu, pelajar - pelajar tahun akhir yang mengikuti Kursus Motivasi Kerjaya dan Kedua, pelajar tahun dua yang mengikuti Kursus Motivasi Latihan Industri.

Sperti konsultan lain, program ini turut diselitkan dengan ceramah, bengkel (LDK), senaman dan 'Teasure Hunt.' Saya di amanahkan bersama rakan2 lain di dalam 'Treasure Hunt' dan bengkel. 'Check point' saya amat menarik sekali sebab ditempatkan di tepi pantai Mengabang TElipot. Satu pantai yang cantik dan indah ditemani bersama kicauan burung yang berterbangan.

[Para peserta Kursus Motivasi UMT 09]

[Sinaran Malam berlatarbelakangkan Jambatan Sultan Mahmud]


Pada malam hari terakhir di bumi Terengganu, saya sempat membawa rakan2 untuk menghayati angin dan udara di T'ganu. Berbekalkan pengalaman 6 tahun lalu semasa di KUSZA, Alhamdullilah, saya masih ingat lagi jalan walaupun ingat2 lupa. Malam itu, kami berjalan2 ke Pulau Wan Man yang menempatkan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Kami solat Jama' Qasar.

Setelah selesai menikmati suasana angin dan warna warni jambatan Sultan Mahmud, saya bawa rakan2 untuk minum Gelas Besar di Seberang Takir. Inilah tempat saya lepak malam2 sewaktu berada di KUSZA 6 tahun yang lalu.

Keesokkan pagi, kami bertolak seawal 8am untuk terus ke Kg Bukit Tebeng. Di sana kami berbelanja sakan keropok lekor, sira, ikan dan sebagainya. Orang cakap, kerepok sini lagi sedap dari keropok Losong. Lepas itu, macam biasalah, 'venue' seterusnya di Pasar Payang untuk bersarapan dan membeli kain batik dan 'souvenir' untuk dibawa pulang ke kampung.

Dalam perjalanan pulang, saya bersama Dr Amar Fadzil Noor singgah sekejap di Masjid Terapung di Batu Burok dan Pantai Cherating. Semasa perjalanan, saya sembang panjang bersama Dr Amar Fadzil Noor tentang sekolah dulu, politik dan sebagainya.

Satu pengalaman yang indah di Terengganu kerana dapat lihat pembangunan yang sedia ada. Walaupun sedih, tidak dapat berkunjung di rumah Najmuddin (sibuk praktikal di Firma Audit) tapi kami sempat juga bergembira ikut selera kami. Maklumlah kami 'orang luar' datang tak dijemput. :)

[ Pemandangan Gerbang Masjid Kristal pada waktu malam]

[Barisan Fasilitator-saya disebelah Dr Amar Fadzil Noor (baju merah jamnu) anal mantan Presiden Pas]

[Bersama para peserta di pantai untuk bowling pantai]